Beban Kewangan Terbesar Rakyat Malaysia Sebenarnya Boleh Dikurangkan
Apabila kita perhatikan keadaan kewangan kebanyakan rakyat Malaysia, beban terbesar sebenarnya bukan datang daripada keperluan asas untuk hidup.
Sebaliknya, ia banyak berpunca daripada komitmen hutang seperti:
- ✅ Ansuran pinjaman kereta
- ✅ Pinjaman peribadi
- ✅ Hutang kad kredit
- ✅ Pinjaman rumah kediaman "impian" yang pada hakikatnya, tanpa memiliki rumah tersebut sekalipun kita masih mempunyai pilihan untuk meneruskan kehidupan.
Berbeza dengan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, komitmen hutang ini biasanya mengambil sebahagian besar daripada pendapatan bulanan.
“Semakin tinggi hutang, semakin sempit ruang untuk menyimpan dan membina aset”.
Sebab itu, apabila seseorang berjaya mengurangkan atau membebaskan diri daripada hutang-hutang ini, beban kewangannya akan menjadi jauh lebih ringan. Selepas itu, barulah lebih mudah untuk memberi tumpuan kepada simpanan, pelaburan dan usaha mengembangkan kekayaan.
Kesimpulannya, membina kekayaan bukan hanya tentang menambah pendapatan. Ia juga bermula dengan mengurangkan beban hutang yang tidak benar-benar diperlukan. Semakin ringan komitmen kewangan, semakin besar peluang untuk mencapai kebebasan kewangan.
Ulasan