Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Berhati-Hati Dengan Ejen Emas Yang Mengajar Guna 100% Gaji Untuk Beli Emas

Kalau ada mana-mana ejen pelaburan yang mengajar tuan puan menggunakan 100% daripada gaji untuk membeli produk pelaburan mereka, pesan guru saya, 


“Berhati-hatilah! Walaupun ejen tersebut merupakan ejen emas Public Gold sekali pun, prinsip ini tetap tidak betul”.


Ini bukan soal syarikat atau jenama. Ini soal prinsip pengurusan kewangan yang sihat.


Sebelum melabur, perkara paling utama ialah memastikan kita mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan pendapatan. Selepas dana kecemasan mencukupi dan masih ada lebihan, barulah lebihan tersebut digunakan untuk tujuan pelaburan.


Tiada guru kewangan yang mengajar supaya keseluruhan gaji digunakan untuk melabur. Sebaliknya, kebanyakan pakar kewangan mencadangkan sekitar 10% daripada pendapatan diperuntukkan untuk simpanan. 


Jika memilih emas sebagai simpanan, mulakan sekitar 10% daripada gaji. Jika kemampuan lebih baik, boleh ditingkatkan sehingga sekitar 20%-30%.


Namun, elakkan sehingga melebihi 50% daripada pendapatan kerana kita masih mempunyai pelbagai komitmen hidup yang perlu diuruskan.


Lebih membimbangkan apabila ada pihak yang mengajar supaya 100% gaji ditukarkan kepada emas, kemudian emas tersebut dipajak untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung perbelanjaan harian.


Kaedah seperti ini boleh menyebabkan seseorang bergantung kepada hutang secara berterusan dan berisiko menjejaskan kestabilan kewangan.


Jika ada ejen yang menggalakkan strategi sebegini, tuan puan wajar menilai semula nasihat tersebut. Jangan sampai keputusan kewangan dibuat hanya kerana mahu mengejar jualan atau komisen pihak tertentu.


Kesimpulan

Pelaburan yang baik bermula dengan asas kewangan yang kukuh. Bina dana kecemasan terlebih dahulu, melaburlah menggunakan duit lebihan mengikut kemampuan, dan elakkan strategi yang memaksa anda menggunakan keseluruhan gaji atau bergantung kepada pajakan untuk meneruskan kehidupan. Pelaburan sepatutnya mengukuhkan kewangan, bukannya menambah risiko.

Ulasan

Popular