Fokus Menabung Jangan Sampai Tak Enjoy Life
Ramai yang beranggapan bahawa orang yang agresif menabung hidup mereka terbatas, tidak bebas untuk berbelanja atau menikmati hidup.
Sebenarnya, tidak begitu. Prinsip kewangan yang diajar oleh pakar kewangan sangat jelas: setiap kali menerima gaji, asingkan 10% untuk tabungan.
Contohnya, jika gaji bulanan RM2,000, alihkan 10% : RM200 kepada tabungan sebelum dibelanjakan.
Strategi 5:5 Untuk Simpanan Lebih Berkesan
Bagi yang mendapati simpanan sering ‘bocor’ dan tidak bertambah, strategi 5:5 boleh diamalkan:
-
5% menabung dalam bentuk wang tunai
Contohnya RM100 disimpan dalam Tabung Haji atau ASB. Tabungan ini berfungsi sebagai simpanan kecemasan.
-
5% menabung dalam bentuk emas
Contohnya RM100 menabung emas. Tabungan emas ini boleh dijadikan ‘Tabung Impian’ untuk tempoh 2–3 tahun ke atas, sesuai untuk matlamat besar seperti pendidikan anak, perkahwinan, atau deposit beli rumah.
Platform Mudah Menabung Emas
Kini menabung emas tidak lagi rumit. Contohnya, Public Gold menawarkan Akaun Emas GAP di mana anda boleh menabung serendah RM100 sebulan. Ia memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan tabungan emas secara konsisten tanpa tekanan kewangan.
Kesimpulan
Menabung tidak bermakna anda harus mengorbankan keseronokan hidup. Dengan strategi yang betul, tabungan boleh berjalan selari dengan gaya hidup seharian. Asingkan simpanan kecemasan dan simpanan impian, dan mulakan menabung emas serendah RM100 sebulan untuk masa depan yang lebih selamat dan terancang.
Ulasan