Simpan Emas? Klik 👉🏻
✕
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
✕
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Kenapa Beli Emas Public Gold Tak Boleh Walk-In Ke Cawangan?

Tuan puan nak tahu kenapa Public Gold tak membenarkan pembelian emas secara walk-in di cawangan?


Jom saya jelaskan.


Buat masa ini, urusan walk-in ke cawangan hanya dibenarkan untuk tujuan jual atau pajak emas sahaja.


Kenapa Tak Boleh Beli Emas Secara Walk-In?


Public Gold mempunyai lebih 1 juta ahli.


Kalau semua ahli datang ke cawangan untuk beli dan ambil emas, memang boleh berlaku kesesakan. Silap hari bulan, kena beratur lama, penat dan banyak masa terbuang.


Sebab itu, kehadiran ke cawangan dihadkan bagi memudahkan urusan semua pihak.


Emas Bawah 21.25 Gram Dihantar Terus Ke Rumah


Contohnya, emas kecil seperti 1 dinar. Untuk pembelian emas bawah 21.25 gram, emas akan dihantar terus ke rumah melalui postage berinsurans yang dikenali sebagai GIT (Gold In Transit).


Jadi, tak perlu datang ke cawangan dan tak perlu beratur.


Bila Boleh Ambil Emas Di Cawangan?


Untuk emas yang melebihi 21.25 gram, barulah pembeli boleh datang untuk ambil sendiri di cawangan.


Itu pun perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum datang.


Kenapa?


Sebab emas yang melebihi 21.25 gram melebihi had insurans untuk penghantaran melalui postage.


Jadi, atas faktor keselamatan, emas tersebut perlu diambil sendiri di cawangan.


Kesimpulan


Ringkasnya, bukan Public Gold sengaja menyusahkan pembeli.


Sistem ini dibuat untuk mengelakkan kesesakan di cawangan, menjimatkan masa dan memastikan penghantaran emas dibuat dengan lebih selamat.


Emas bawah 21.25 gram dihantar terus ke rumah. Emas melebihi 21.25 gram pula boleh diambil di cawangan dengan temujanji.


Jadi, sebelum datang ke cawangan, pastikan tuan puan tahu dahulu prosedur pembelian emas supaya tak datang sia-sia.

Ulasan

Popular