WhatsApp Ikuti Info Terkini

APA BEZA MEMBELI EMAS (999/24KARAT) 1GRAM MELALUI AKAUN EMAS GAP BERBANDING 1GRAM GOLD BAR ?


Perbezaannya adalah harga 1gram melalui akaun emas GAP 'lebih murah' berbanding 1gram gold bar.


Kenapa ?


Hal ini adalah kerana, jika anda membeli 1gram gold bar, anda membeli 1gram yang sudah diproses emasnya menjadi seketul 1gram berbentuk gold bar.


Apabila 1gram gold bar sudah dibentuk, maka kosnya agak mahal dek kerana kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.


Kata guru emas saya,  ''Kalau nak dapatkan kepastian, cuba singgah di kedai-kedai emas dan tanya harga “sekeping gold bar 1 gram” (bukan tanya “harga per gram”). 


Sudah pasti harganya sekitar Rm300 ke atas walaupun harga per gram emas hanyalah sekitar RM270 sahaja sekarang!


Jika beli 1gram melalui akaun emas GAP, kita membeli 1gram emas 999 yang belum diproses. 


Jika harga emas 1gram adalah Rm270, maka kita membeli dengan harga Rm270.


Mudah kata, beli emas melalui akaun emas GAP ini adalah kita mengumpul gram emas. 


Contohnya, jika kita beli, simpan dan kumpul 1gram setiap bulan dalam tempoh setahun (12 bulan). 12 bulan sudah terkumpul 12gram emas. 


12gram yang terkumpul dalam akaun emas GAP tadi kita boleh buat pilihan samada mahu keluarkan seketul 5 gram goldbar, atau 1dinar dan sebagainya. Mengikut item emas yang anda suka. Terpulang pada minat anda.


Jika terkumpul sehingga 1kilo dalam akaun emas GAP pun boleh, kemudian anda boleh keluarkan 1 kilo dalam bentuk fizikal.


Oleh itu, belian 1gram setiap bulan melalui akaun emas GAP lebih murah, jimat kos dan sangat berbaloi berbanding belian 1gram berbentuk gold bar setiap bulan.


Baca juga : 



Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar



Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular