WhatsApp Ikuti Info Terkini

Bayar Diri Sendiri Setelah Dapat Gaji


Apakah yang dimaksudkan 'bayar diri sendiri ?'


Bayar diri sendiri sama seperti kita bayar untuk sesuatu barang yang kita beli.


Contohnya, kita beli jam tangan. kita dapat jam tangan tersebut. Kemudian kita pakai dan guna jam tangan tersebut.


Begitu juga maksudnya bayar untuk diri sendiri. 


Cara untuk bayar diri sendiri adalah kita simpan kemudian kita labur.


Setelah capai satu tahap, kita boleh buat pilihan untuk pilih waktu bekerja. Ini dinamakan 'bebas kewangan' atau bersara (pencen). Kalau tak bekerja pun, duit tetap masuk. 



MOTIF BAYAR DIRI SENDIRI ?



Apakah motif bayar diri sendiri ?


1. Simpanan untuk Dana Kecemasan,


Ketika terdesak tiba-tiba nanti, tak perlu tebal muka untuk meminjam (berhutang). Guna je simpanan kita.


2. Melabur untuk Kembangkan Harta,


Melabur setelah simpanan kita sudah kukuh untuk dikembangkan harta kita.


Melabur pula pada aset yang boleh dijadikan pendapatan pasif untuk dijadikan hasil pencen suatu hari nanti.


ASET BAGI PENDAPATAN RENDAH


1. Beli dan simpan emas,


Kerana emas boleh dimiliki dengan kos rendah iaitu serendah 1gram atau suku gram (suku gram boleh dapat dalam Rm100 seperti syarikat emas Public Gold menjual emas serendah Rm100)


2. Emas kepada Rumah (aset kos rendah kepada aset kos tinggi),


Beli dan simpan emas secara konsisten tiap kali dapat gaji atau hasil dari perniagaan.


Target dapat kumpul sehingga 96gram untuk tempoh 2 tahun ke atas. Kemudian jadikan deposit beli rumah.


Kalau mahu kembangkan lagi harta. Sewakan rumah tersebut, hasil sewaan, 10% beli dan kumpul lagi emas. Kemudian beli lagi rumah.


Begitulah seterusnya.



KESIMPULAN


Konklusinya, ketika kita dapat duit kemudian kita berbelanja. Maksudnya kita beri duit kepada penjual. 


Atau mudah kata, kita mengkayakan poket penjual untuk membeli sesuatu produk.


Jika kita menyimpan dan melabur untuk diri sendiri. Maksudnya kita mengkayakan poket kita sendiri.


Tapi jangan sampai tahap kita tidak berbelanja sehingga dapur pun tidak berasap. Ini kerja giler namanya. Nak bekerja pun perlu tenaga, kalau tak makan, kerja pun tak mampu, duit pun tiada.


Persoalannya disini ?

Bila mahu bermula ?

Kalau sudah bermula, bila target untuk bersara ?


Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator-Gold Saver



Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular