Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Emas Dalam Akaun GAP Macam Mana Kalau Penyimpan Meninggal Dunia?


Pernah ada orang tanya saya,

"Tuan, kalau saya meninggal nanti, macam mana pula dengan emas yang saya simpan dalam Akaun Emas GAP?"


Bila bercakap tentang simpanan emas, biasanya ada dua perkara yang selalu bermain di fikiran penyimpan emas.


Pertama, zakat.

Kedua, kematian.


Memang secara automatik kita akan terfikir tentang dua perkara ini.


Sebenarnya, proses tuntutan emas dalam Akaun GAP tidak jauh bezanya dengan simpanan kewangan lain seperti akaun bank, ASB atau SSPN. Apabila penyimpan meninggal dunia, waris hanya perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Public Gold, sama seperti dokumen yang diminta oleh pihak bank untuk menguruskan tuntutan simpanan si mati.


Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan emas fizikal yang berada di tangan, proses pewarisan biasanya lebih mudah. Waris boleh membahagikan emas tersebut mengikut hukum faraid atau berbincang sesama mereka untuk membahagikannya secara persetujuan bersama.


Malah, emas juga lebih mudah diwariskan berbanding aset lain seperti rumah atau tanah yang lazimnya memerlukan lebih banyak dokumen serta mengambil masa yang lebih panjang untuk diselesaikan.


Bagi simpanan dalam Akaun GAP pula, waris mempunyai pilihan. Mereka boleh mengeluarkan gram emas tersebut dalam bentuk emas fizikal, atau menjualnya dan menerima wang tunai sebelum membahagikannya kepada waris.


Kesimpulan


Tidak kira sama ada anda menyimpan emas dalam Akaun GAP atau dalam bentuk fizikal, kedua-duanya boleh diwariskan kepada waris. Yang penting, waris mengetahui kewujudan simpanan tersebut dan mempunyai dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses tuntutan.

Ulasan

Popular