3 Ciri Orang Yang Mudah Terjebak Dengan Scam Pelaburan
Rakan dealer saya pernah berkongsi dengan saya.
Sejak dia berkongsi ilmu emas dan kewangan dari tahun 2016 sampai sekarang, ada satu perkara yang dia perhatikan.
Menurutnya, ada 3 ciri persamaan orang yang mudah terjebak dengan scam pelaburan.
1. Ego Terlalu Tinggi
Mereka selalu rasa dirinya terpaling betul.
Bila orang tegur atau beri nasihat, susah nak terima. Rasa diri sendiri lebih tahu daripada orang lain.
2. Malas Belajar
Bila disarankan baca buku, katanya tak minat.
Bila diberi peluang belajar secara percuma pula, alasannya, “Tak ada masa.”
Tapi bila duit dah hilang, masa pula ada untuk salahkan orang lain.
3. Terlalu Kejar Kaya Cepat
Bila ditawarkan skim pelaburan yang kononnya boleh buat jadi jutawan segera, orang macam ini biasanya berbaris paling hadapan.
Nampak peluang kaya cepat, terus masuk tanpa mahu belajar, menyemak atau memahami risiko. Bila akhirnya lingkup, mulalah tuding jari kepada orang lain.
Sedangkan sikap malas belajar dan terlalu yakin dengan diri sendiri itu, langsung tak rasa bersalah.
Kesimpulan
Jadi, ingat tuan puan.
Kalau nak ubah nasib dan kedudukan kewangan, mulakan dengan ubah diri sendiri.
Belajar, jangan ego dan jangan terlalu mudah terpesona dengan janji kaya cepat.
Seperti yang kita selalu diingatkan:
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.”
Jangan tunggu duit hilang baru nak belajar.
Ulasan