Bila Emas Nak Murah?
Sedar atau tidak, harga emas memang sentiasa dianggap mahal. Betul tak?
- Tak kira berapa pun harganya hari ini, esok, atau lusa, orang tetap akan kata ia mahal.
- Ia sudah menjadi barang yang dilihat bernilai tinggi sejak zaman-berzaman.
- Sepanjang sejarah manusia, tidak pernah ada satu zaman pun di mana orang menganggap harga emas itu murah.
Mahu tunggu harga emas jatuh merudum baru nak beli? Hakikatnya, persepsi "emas itu mahal" tidak akan pernah berubah. Namun, disebalik harganya yang sentiasa tinggi, nilainya tetap utuh merentas zaman.
Pesan guru saya, emas dicipta untuk sentiasa bernilai dan mahal. Menunggu emas menjadi murah adalah satu penantian yang sia-sia, taktik terbaik adalah mula menyimpannya mengikut kemampuan sekarang kerana nilainya bertambah seiring waktu.
Ulasan