Usia 50 Tahun, Masih Berani Belajar Live & Konten
Prinsip yang sentiasa dipegang oleh Bu Alfri dalam membina bisnes Public Gold sangat sederhana:
“Buat dulu, faham kemudian.”
Pada peringkat awal, beliau sebenarnya sangat terbatas ilmu.
Beliau tidak tahu bagaimana hendak buat live dan juga tidak mahir membuat konten. Namun itu tidak menghalang beliau untuk terus bergerak.
Walaupun masih kurang faham, Bu Alfri tetap konsisten belajar dan membina rutin harian.
Beliau juga rajin menghadiri training yang disediakan, sambil memerhati bagaimana dealer-dealer dari Malaysia membuat konten dan live.
Walaupun pada mulanya beliau tidak begitu memahami apa yang mereka lakukan, beliau tetap menonton, belajar dan cuba meniru langkah mereka.
Salah satu gaya yang beliau ikuti ialah cara Ibu Faizah menghasilkan konten.
Perjalanannya juga tidak mudah. Konten yang beliau buat dari nombor 1 hingga 20 langsung tiada view.
Namun beliau tidak berhenti.
Akhirnya pada konten ke-21, barulah ada sedikit view. Dari situ perlahan-lahan kontennya mula masuk FYP dan mula mendapat lead.
Dalam masa yang sama, Bu Alfri juga sangat disiplin membuat live. Setiap hari beliau konsisten buat live antara 2 hingga 5 kali sehari.
Walaupun sudah berusia 50 tahun, beliau tidak pernah menjadikan usia sebagai alasan untuk berhenti belajar atau mencuba perkara baru.
Satu detik yang sangat menguji berlaku ketika berlangsungnya MDC 6.0.
Ketika itu, beliau berdepan dua pilihan yang sangat berat:
-
Menjaga kakaknya yang sedang sakit
-
Atau menghadiri MDC
Namun kakaknya sendiri berpesan kepadanya:
“Pergilah hadir MDC. Dari situ kamu akan dapat ilmu, dan bisnes kamu akan berkembang.”
Dengan berat hati, Bu Alfri akhirnya menghadiri MDC. Namun sebaik sahaja pulang dari MDC, beliau menerima khabar yang sangat menyedihkan.
Kakaknya telah meninggal dunia.
Peristiwa itu sangat memberi kesan kepada dirinya. Namun beliau menjadikan pesan kakaknya sebagai kekuatan untuk teruskan perjuangan.
Pada awal tahun 2025, Bu Alfri bangkit kembali dengan semangat baru.
Hari ini, beliau sudah mula menikmati hasil daripada bisnes Public Gold yang dibina dengan penuh kesabaran dan konsisten.
Kisah Bu Alfri membuktikan :
Ulasan