Umur 57 Pun Boleh Buat… Kenapa Kita Tak Boleh?
Kais pagi, makan pagi.
Itulah realiti awal perjalanan bisnes Tuan Muzafar Rosli dengan apa yang sedia ada.
Langkah pertama bukan terus jual, tetapi mula faham sistem dan ilmu.
Belajar dari WBM, WGC, PLT dan NDO. Dari situ mula nampak hala tuju.
Pada awalnya cuba stranger prospecting, tetapi hasilnya hanya beberapa Frontline sahaja.
Namun dari situ beliau perasaan,
Kekuatan sebenar beliau adalah pada offline marketing.
Jadi beliau fokus pada cara itu.
Beliau mula buka booth di banyak tempat untuk bina kepercayaan orang ramai.
Pagi-pagi sudah keluar. Kadang di pasar tani, kadang di Petron, kadang di mesin ATM.
Penat memang penat.
Letih memang terasa.
Tapi satu ayat mentor sentiasa dipegang kuat:
“Nak letih 3 tahun, atau nak letih 30 tahun?”
Itu yang buat beliau terus bergerak tanpa henti.
Hari demi hari, booth demi booth, perlahan-lahan trust orang mula terbina.
Beliau juga pegang satu lagi kata-kata yang sangat memberi semangat:
“Kalau beliau umur 57 tahun pun boleh buat, anda pun boleh buat.”
Dan itulah yang membuatkan beliau terus konsisten sehingga hari ini.
Ulasan