Tabung Emas Anak: Dari Duit Raya Hingga Dana Pengajian
Saya mempunyai dua orang anak, dan sejak sekian lama saya mula menyimpan emas untuk mereka terutamanya duit raya untuk dijadikan dana pengajian masa depan mereka.
Anak pertama saya berumur 6 tahun, manakala yang kedua baru 1 tahun lebih (tahun 2026).
Memandangkan mereka masih kecil, peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi masih jauh, tetapi perasan tak?
Kos pendidikan makin meningkat setiap tahun.
Bayangkan, jika saya konsisten menyimpan 1 gram emas setiap bulan, apabila anak saya mencapai umur 18 tahun nanti, mereka tidak perlu berhutang untuk menyambung pelajaran.
Simpanan ini bukan sahaja melindungi mereka daripada kos pengajian yang mahal, malah memberi mereka kebebasan memilih masa depan yang lebih cerah.
Sebagai seorang bapa, sudah tentu ini adalah tanggungjawab saya iaitu memastikan pendidikan mereka terjamin.
Dan berita baiknya, menyimpan emas sekarang sangat mudah. Di Public Gold, kita boleh menabung atau kumpul gram emas sedikit demi sedikit, serendah RM50 sebulan melalui akaun GAP Junior.
Tuan Puan dan ibu ayah, ingatlah!
Duit anak adalah amanah yang perlu kita jaga, bukan untuk kita habiskan. Jadi, mari mulakan tabungan emas untuk anak-anak kita sekarang.
Ulasan