Kejayaan Bukan Luck, Tapi Effort Yang Konsisten
Dalam permulaan membina bisnes, perkara pertama yang perlu dicari bukanlah hasil semata-mata.
Tetapi kebahagiaan dalam membina rutin.
Kerana daripada rutin itulah kita mula mengenali diri sendiri.
Salah satu cara untuk mengetahui kekuatan kita dalam prospecting adalah dengan melihat satu perkara yang sangat mudah.
Adakah kita gembira melakukannya?
Jika kita rasa seronok, rasa teruja, dan tidak terlalu terbeban melakukannya, kemungkinan besar di situlah kekuatan kita.
Namun kekuatan itu tidak akan muncul jika kita hanya mencuba sedikit sahaja.
Jadi bagaimana nak tahu kekuatan sebenar kita?
Jawapannya mudah.
Cuba buat semua perkara dahulu.
Daripada situ barulah kita akan jumpa apa yang benar-benar sesuai dengan diri kita.
Tetapi satu perkara yang perlu difahami…
Kekuatan itu tidak muncul selepas buat 2 atau 3 kali sahaja.
Ia muncul selepas kita buat berkali-kali sehingga kita benar-benar faham prosesnya.
Dalam bisnes Public Gold, untuk berjaya sebenarnya tidak perlu terlalu pandai.
Yang lebih penting adalah:
-
Rajin berusaha
-
Buat lebih banyak daripada orang lain
-
Konsisten setiap hari
-
Dan sentiasa submit kepada upline mentor
Jika sudah 3 bulan berusaha tetapi masih tidak nampak hasil, itu bukan masa untuk berhenti.
Itulah masa untuk consult dengan upline dan perbaiki cara.
Kerana kejayaan sebenarnya bukan tentang luck. Ia tentang effort yang konsisten.
Jika kita hanya buat sedikit tetapi mengharapkan hasil yang besar dan berbeza…
Memang sukar untuk mencapainya.
Ulasan