Jangan Guna Duit Anak — Ini Amanah Ibu Bapa
Pernah tak sebagai ibu bapa, kita terguna duit simpanan anak tanpa sedar?
Hakikatnya… duit anak adalah amanah ibu bapa!
Ada situasi di mana ibu ayah mungkin menggunakan duit anak tanpa perasan.
Tapi kita kena ingat!
Duit itu milik anak, kita cuma diamanahkan untuk jaga dan simpan je.
Memang dalam keadaan tertentu, ibu bapa dibenarkan menggunakan harta anak.
Namun, seperti yang dijelaskan oleh panduan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali”.
Rujuk sini : Hukum Ibu Bapa Guna Duit Anak
Sebab itu, ramai ibu bapa memilih cara yang lebih selamat iaitu “bekukan” duit anak supaya tidak mudah digunakan.
Antaranya dengan menukarkan duit raya anak kepada emas.
Bila duit dah jadi emas, ia lebih sukar untuk terguna dan lebih terjaga nilainya.
Cara mudah untuk alihkan kepada emas ialah melalui akaun emas GAP Junior.
- Pendaftaran percuma
- Boleh mula serendah RM100
- Bila cukup gram, boleh keluarkan emas fizikal jika mahu.
Kesimpulannya, duit anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab.
Dengan memilih cara simpan yang lebih disiplin seperti emas, kita boleh melindungi simpanan anak dan memastikan simpanan mereka kekal untuk masa depan.
Ulasan