Ibu Ayah Excited Kira Duit Raya Anak? Ini Cara Simpan Dengan Bijak
Setiap kali raya, bukan anak-anak sahaja yang seronok dapat duit raya. Kadang-kadang ibu ayah pun sama excited kira duit raya anak.
Untuk saya sendiri, setiap tahun bila anak dapat duit raya, saya akan bahagikan duit tersebut kepada dua bahagian.
Sebahagian saya beri kepada anak untuk membeli perkara yang mereka inginkan. Lagipun duit itu memang hak anak.
Tetapi sebahagian lagi saya simpan untuk masa depan mereka.
Ajar Anak Menabung Sejak Kecil
Bagi saya, menabung adalah satu perkara yang perlu diajar sejak kecil.
Kita boleh ambil pengajaran daripada ramai orang yang tidak mengambil berat tentang simpanan. Akhirnya apabila anak mahu sambung belajar, terpaksa meminjam kerana tiada simpanan.
Hakikatnya, perjalanan anak masih panjang. Untuk mereka guna duit itu bagi tujuan pendidikan pun masih lama lagi.
Jadi daripada duit tersebut habis ke tempat lain, lebih baik mula menabung dari sekarang.
Cara Saya Simpan Duit Raya Anak
Cara yang saya pilih ialah dengan menyimpan dalam bentuk emas.
Saya menabung emas untuk anak melalui akaun emas GAP Junior. Akaun ini boleh dibuka secara percuma dan ibu bapa boleh mula menyimpan emas serendah RM100.
Dalam jangka panjang, emas sering menunjukkan kenaikan harga secara purata sekitar 10% setahun.
Apabila anak sudah besar nanti dan perlu duit untuk sambung belajar, saya hanya perlu menjual emas tersebut dan gunakan hasilnya untuk pendidikan mereka.
Kesimpulannya, duit raya anak sebenarnya boleh menjadi permulaan simpanan masa depan jika diurus dengan baik.
Dengan membahagikan sebahagian untuk perbelanjaan dan sebahagian lagi untuk simpanan seperti emas, ibu bapa boleh membantu membina dana pendidikan anak secara perlahan-lahan.
Jika ibu ayah berminat untuk membuka akaun emas GAP Junior seperti yang saya lakukan, boleh klik profil saya. Saya akan bantu permudahkan prosesnya.
Ulasan