Duit Raya Anak Sebenarnya ‘Bonus’ Simpanan Masa Depan Mereka
Nak tahu tak…
Sebenarnya duit raya anak boleh jadi bonus simpanan untuk masa depan mereka, bukan sekadar duit yang habis selepas raya.
Ramai ibu bapa yang merancang kewangan anak dari awal, biasanya sudah ada simpanan bulanan khusus untuk anak.
Contohnya untuk:
- Dana pendidikan, atau
- Simpanan kegunaan masa depan
Dalam masa yang sama, mereka juga mula didik anak menabung sejak kecil.
Sebab hakikatnya, menabung bukan tentang berapa banyak duit yang kita ada, tetapi tentang sikap dan tabiat untuk menyimpan secara konsisten.
Bila tiba musim raya, duit raya yang anak terima sebenarnya adalah bonus.
Bonus untuk tambahkan lagi simpanan yang sedia ada.
Kalau kita konsisten dari awal, insyaAllah beban kewangan ibu bapa akan jadi lebih ringan di masa depan.
Dan yang paling penting, anak-anak juga tidak akan rasa terbeban bila dewasa nanti.
Salah satu cara mudah untuk mulakan adalah dengan menabung emas untuk anak.
Kesimpulannya, duit raya bukan sekadar untuk dibelanjakan, tetapi boleh dijadikan bonus simpanan jangka panjang.
Dengan disiplin dan didikan yang betul sejak kecil, ia mampu membantu membina masa depan kewangan anak yang lebih stabil.
Ulasan