Duit Raya Anak Dah Cukup RM100?
Kalau duit raya anak sudah cukup RM100, ini masa yang sesuai untuk mula fikir tentang simpanan masa depan mereka.
Salah satu cara yang boleh dipertimbangkan ialah dengan membuka Akaun Emas GAP Junior untuk anak.
Perjalanan hidup anak-anak masih panjang. Jadi sebagai ibu bapa, kita boleh mula membina simpanan mereka dari sekarang.
Tukar Sebahagian Duit Raya Kepada Emas
Tidak semestinya semua duit raya perlu disimpan. Boleh sahaja bahagi dua.
Sebahagian ditukarkan kepada emas sebagai simpanan, dan sebahagian lagi boleh diberi kepada anak untuk berbelanja perkara yang mereka inginkan.
Dengan cara ini, anak masih dapat menikmati duit raya mereka, tetapi dalam masa yang sama simpanan masa depan tetap terjaga.
Elakkan Terpakai Duit Simpanan Anak
Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita mungkin terdesak dan tanpa sengaja terguna duit simpanan anak.
Salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini ialah dengan menukarkan duit tersebut kepada emas. Secara tidak langsung, simpanan itu lebih “beku” dan tidak mudah digunakan.
Tambahan pula, emas sering dilihat sebagai aset yang berpotensi meningkat dalam jangka panjang.
Secara purata, harga emas menunjukkan peningkatan sekitar 10% setahun, manakala nilai mata wang pula semakin terhakis akibat inflasi.
Simpan Melalui Akaun Emas GAP Junior
Jika mahu cara yang mudah, ibu bapa boleh menyimpan emas melalui Akaun Emas GAP Junior.
Antara kelebihannya:
- Pendaftaran akaun percuma
- Boleh mula simpan emas serendah 1 gram atau minimum RM100
- Atau Rm50 melalui GAP Auto Debit
- Sesuai untuk membina simpanan jangka panjang anak
Kesimpulannya, duit raya anak bukan sekadar untuk dibelanjakan. Jika diurus dengan baik, ia boleh menjadi permulaan simpanan masa depan yang bernilai.
Dengan menukarkan sebahagian duit raya kepada simpanan emas, ibu bapa boleh membantu membina dana untuk keperluan penting anak pada masa hadapan seperti pendidikan.
Ulasan