Duit Raya Anak 17 Tahun
Artikel ini khas untuk tuan puan yang mempunyai anak berumur 17 tahun ke bawah.
Di Malaysia, biasanya anak-anak dalam lingkungan umur ini masih menerima duit raya. Sama ada daripada ibu bapa sendiri, mak cik, pak cik atau saudara-mara lain.
Selalunya kita akan dengar ayat orang-orang tua ketika memberi duit raya:
"Belajar lagi kan? Nah, ambil lah duit raya ni."
Betul tak? Jadi apa boleh buat dengan duit raya tu?
Ajar Anak Menyimpan Sejak Remaja
Guru saya pernah berpesan:
“Jangan ajar anak beli benda bukan-bukan atau beli apa sahaja yang dia mahu. Tetapi ajar mereka menabung supaya apabila dewasa nanti, mereka faham erti menyimpan.”
Tidak salah jika anak mahu menggunakan sedikit duit raya untuk membeli sesuatu yang mereka suka. Tetapi sebaiknya jangan dihabiskan semuanya.
Ajar mereka untuk berbelanja secara berpada-pada dan menyimpan sebahagian daripadanya.
Cara Saya Urus Duit Raya Anak
Untuk anak saya sendiri, setiap kali mereka menerima duit raya, sekitar 80% hingga 90% saya simpan.
Tetapi saya tidak simpan dalam bentuk duit semata-mata. Saya tukarkan simpanan itu kepada emas. Selebihnya barulah saya beri kepada anak untuk mereka berbelanja.
Tujuannya supaya apabila anak sudah besar nanti, contohnya apabila mahu masuk universiti atau sambung belajar ke luar negara, simpanan itu sudah tersedia.
Sebagai bapa, saya tidak perlu terlalu pening memikirkan kos pendidikan mereka.
Simpan Melalui Akaun Emas GAP Junior
Cara yang saya gunakan ialah melalui akaun emas GAP Junior.
Melalui akaun ini, ibu bapa boleh menyimpan emas untuk anak dalam bentuk emas fizikal.
Kelebihannya:
- Pendaftaran akaun adalah percuma
- Boleh mula simpan emas serendah 1 gram atau minimum RM100
- Sesuai untuk simpanan jangka panjang anak
Kesimpulannya, duit raya anak sebenarnya boleh menjadi permulaan simpanan masa depan jika diurus dengan bijak.
Daripada dihabiskan semuanya, lebih baik ajar anak berbelanja secara sederhana dan menyimpan sebahagian besar daripadanya.
Salah satu cara yang boleh dipertimbangkan ialah menukarkan simpanan tersebut kepada emas untuk jangka panjang.
Ulasan