Anak Muda Ini Jelajah Banyak Negeri Demi Belajar Bisnes Emas
Cik Adilah, seorang anak muda yang masih dalam fasa belajar membina diri dan bisnes.
Pada peringkat awal, beliau memilih untuk fokus kepada offline marketing.
Bukan kerana itu yang paling mudah, tetapi kerana beliau pemalu untuk tunjuk muka secara online.
Jadi beliau ambil jalan yang lebih sesuai dengan dirinya ketika itu.
Beliau menjelajah banyak negeri untuk buat offline marketing.
Usaha yang bukan kecil, malah beliau sanggup melabur sekitar RM6,000 untuk aktiviti offline tersebut.
Namun dalam perjalanan itu, beliau sedar, kalau mahu berkembang lebih jauh, perlu keluar dari comfort zone.
Dari situlah bermula perubahan besar, daripada offline marketing kepada online marketing.
Pada awalnya memang tidak pandai.
Semuanya terasa asing dan menakutkan.
Tetapi bagi beliau, G100 Academy adalah satu rahmat. Di situlah tempat beliau belajar, memahami dan memperbaiki diri.
Beliau jadikan satu rutin penting:
Setiap bulan hadir G100 Academy.
Apa yang lebih penting, setiap kali pulang dari kelas tersebut, beliau tidak sekadar dengar. Beliau terus apply apa yang dipelajari.
Perkara yang dulu terasa menakutkan, kini menjadi rutin harian.
Daripada seorang yang pemalu untuk tampil online, kini beliau konsisten melakukan online marketing setiap hari hasil daripada ilmu dan latihan di G100.
Perjalanan masih jauh, tetapi perubahan itu sudah bermula.
Ulasan