5 Faktor Kenapa Duit Raya Anak Dialihkan Kepada Emas
Setiap kali musim raya, anak-anak akan terima duit raya daripada keluarga dan saudara-mara. Ramai ibu bapa simpan sahaja duit tersebut dalam bentuk tunai.
Namun bagi saya, ada sebab kenapa duit raya anak lebih baik dialihkan kepada simpanan emas.
Berikut antara faktor utamanya.
1. Anak Tidak Gunakan Duit Itu Dalam Masa Terdekat
Kebiasaannya duit raya anak tidak digunakan segera. Jadi lebih baik ia ditukarkan kepada simpanan emas supaya nilainya lebih terjaga untuk masa depan.
2. Elak Duit Simpanan Anak Terbocor
Kadang-kadang sebagai ibu bapa, ada masa kita terdesak dan tanpa sedar menggunakan duit simpanan anak.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, lebih baik terus alihkan kepada emas supaya simpanan itu lebih terjaga.
3. Boleh Digunakan Untuk Keperluan Penting Anak
Simpanan emas ini boleh menjadi dana masa depan anak. Contohnya apabila mereka besar nanti dan perlu duit untuk sambung belajar, emas tersebut boleh dijual dan digunakan untuk kos pengajian mereka.
4. Emas Berpotensi Naik Dalam Jangka Panjang
Dalam jangka panjang, harga emas cenderung meningkat. Salah satu sebabnya ialah nilai ringgit yang semakin menurun akibat inflasi dari tahun ke tahun.
5. Nilai Duit Semakin Menyusut
Jika simpan dalam bentuk duit sahaja, nilainya berkurang dari masa ke masa. Sebab itu saya rasa anak akan rugi jika duit hanya disimpan tanpa ditukar kepada aset.
Di Mana Nak Simpan Duit Raya Anak Dalam Bentuk Emas?
Salah satu cara yang mudah ialah dengan menyimpan melalui akaun emas GAP Junior di Public Gold.
Kelebihannya:
- Daftar percuma tanpa sebarang yuran.
- Boleh mula simpan emas serendah RM100.
- Atau serendah RM50 melalui GAP Auto Debit.
- Emas dalam akaun juga boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal jika diperlukan.
Kesimpulannya, duit raya anak sebenarnya boleh menjadi permulaan simpanan masa depan jika diurus dengan bijak.
Daripada disimpan dalam bentuk duit yang nilainya semakin susut, menukarkannya kepada simpanan emas boleh membantu menjaga nilai tersebut dalam jangka panjang.
Ulasan