18 Tahun Dapat Duit Raya? : Jangan Habiskan Begitu Sahaja
Artikel ini khas untuk adik-adik yang berumur 18 tahun ke atas dan masih dapat duit raya.
Biasanya bila umur dah 18 tahun, masih ada saudara-mara yang hulur duit raya. Rezeki jangan ditolak.
Persoalannya sekarang, apa yang patut dibuat dengan duit raya tersebut?
1. Tunaikan Komitmen Atau Hutang Dahulu
Kalau ada komitmen atau hutang yang perlu diselesaikan, gunakan duit raya itu untuk melangsaikannya dahulu.
Ini pilihan yang paling bijak.
Lelaki jangan berlagak belanja awek wayang pula. Padahal duit raya orang bagi je pun.
Lebih baik guna untuk perkara yang lebih bermanfaat.
2. Simpan Dalam Bentuk Emas
Kalau tak tahu nak letak duit itu di mana, salah satu cadangan ialah simpan dalam bentuk emas.
Dalam jangka panjang, harga emas secara purata menunjukkan peningkatan sekitar 10% setahun.
Untuk emas Public Gold, spread value sekitar 9%. Ini bermaksud, secara anggaran, emas tersebut berpotensi mencapai keuntungan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun.
Mudah kata, simpan emas boleh beri potensi keuntungan tanpa perlu buat apa-apa.
Kesimpulannya, duit raya walaupun nampak kecil, sebenarnya boleh menjadi permulaan kepada simpanan atau pelaburan jika diurus dengan betul.
Daripada dihabiskan untuk perkara yang bukan keperluan, lebih baik gunakan sebahagiannya untuk membina simpanan emas yang berpotensi memberi nilai pada masa hadapan.
Ulasan