Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Risiko Jual Beli Emas Secara Terus Dengan Individu


Apabila saya menulis tentang beli emas terus dengan Public Gold, ada yang kurang bersetuju.


Ada juga yang beranggapan ia semata-mata kerana komisen.


Terus terang saya katakan, setuju atau tidak, itu hak masing-masing. Ini bukan soal duit saya, tetapi soal risiko duit anda sendiri.


Bagi yang belum pernah melalui pengalaman ditipu dalam urusan jual beli emas secara individu, izinkan saya kongsikan beberapa risiko penting yang sering berlaku.


Nota penting:

Risiko ini biasanya berlaku apabila bayaran emas dibuat ke akaun individu, bukan terus ke akaun rasmi Public Gold : sama ada individu tersebut dealer atau bukan.

 

Nak Jimat RM100, Tapi Rugi RM10,000


Antara kes pernah berlaku ialah emas tidak tulen.

  • Pembeli membuat bayaran, emas diterima, kemudian diuji di Ar-Rahnu, rupa-rupanya emas palsu.
  • Plan asal nak jimat sikit, akhirnya boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit.


Risiko Terima Duit Palsu (Kepada Penjual)


Risiko ini pula selalu terjadi dekat penjual emas.


Ada kes di mana emas diserahkan dengan cepat, tanpa sempat dikira atau diperiksa dengan teliti.


Dalam tak sedar, duit yang diterima adalah palsu, emas pula dah lesap.


Kejadian macam ni biasanya berlaku dalam masa yang sangat singkat.


Penjual & Pembeli Sama-Sama Ditipu


Ini lebih rumit dan memang pernah berlaku.


Ia melibatkan tiga pihak : penjual, pembeli dan penipu sebagai orang tengah.


Jika kedua-dua pihak kurang berhati-hati, salah seorang atau kedua-duanya boleh mengalami kerugian, walaupun masing-masing menyangka urusan itu selamat.


Cara Lebih Selamat Dalam Urusan Emas


Bagi mengurangkan risiko-risiko di atas, ini antara langkah yang lebih selamat:

Menabung terus dengan Public Gold dan keluarkan emas secara fizikal bila perlu.

Beli emas dengan bimbingan dealer yang aktif.


Jika berlaku sebarang isu, dealer yang bertanggungjawab boleh bantu menyelesaikan masalah, tidak perlu tunggu waktu pejabat.


Gunakan akaun emas GAP Public Gold.


Selain lebih selamat, ia juga membantu mengurangkan risiko “tercuri oleh diri sendiri” akibat keputusan terburu-buru.


Kesimpulan Ringkas


Dalam urusan emas, keselamatan lebih penting daripada penjimatan kecil.


Jangan kerana mahu jimat ratusan ringgit, kita sanggup menanggung risiko kerugian beribu-ribu.


Emas adalah aset jangka panjang, pastikan cara kita memilikinya juga betul dan selamat.

Ulasan

Popular