Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Harga Emas Sekarang Mahal? Berbaloi Tak Beli Sekarang?


“Betul, harga emas sekarang memang mahal.”


Itu antara ayat yang selalu saya dengar sejak mula belajar tentang simpanan emas. 


Guru saya pernah berpesan, sejak dulu hingga sekarang, orang sentiasa merasakan harga emas itu mahal


Tidak ada satu zaman pun di mana orang ramai bangun pagi lalu berkata, “Hari ini harga emas murah.”


Hakikatnya, emas sentiasa mahal pada setiap zaman.


Guru saya sering mengingatkan pengalaman peribadi beliau. Beliau pernah tidak jadi membeli emas sekitar tahun 2006 kerana merasakan harga ketika itu sudah terlalu mahal. 


Pada masa tersebut, harga emas hanyalah sekitar RM70 segram. Namun, kerana perasaan “mahal” itu, peluang membeli emas terlepas begitu sahaja.


Daripada kisah itu, guru saya menegaskan :

Harga emas hari ini, walaupun kelihatan mahal, sebenarnya lebih murah berbanding harga emas pada masa hadapan.

 

Inilah realiti yang sering kita abaikan. Fokus kita terlalu tertumpu pada harga semasa, sedangkan nilai masa depan emas jauh lebih besar.


Konsisten Lebih Penting Daripada Masa


Guru saya selalu menekankan bahawa kejayaan dalam simpanan emas bukan ditentukan oleh bila kita bermula, tetapi bagaimana konsisten kita menyimpan.


Sebab itu, bagi penyimpan emas Public Gold yang ingin menabung secara berterusan, beliau menyarankan agar menabung melalui #AkaunEmasGAP mengikut bajet, bukan mengikut gram.


Bukan soal mampu beli 1 gram atau tidak, tetapi soal mampu menyimpan secara tetap.


Tetapkan bajet minimum, contohnya RM100 atau RM200 sebulan dan jadikan ia sebagai komitmen jangka panjang. 


Lebih baik lagi jika dilakukan secara auto-debit, supaya tabungan berjalan tanpa perlu bergantung kepada emosi atau keadaan pasaran.

Baca juga : Bagaimana GAP Auto Debit

Dengan cara ini, sama ada harga emas naik atau turun, kita tetap menabung. Kita tidak terhenti kerana takut harga mahal, dan tidak leka kerana harga murah.


Menang Dengan Cara Kura-Kura


Guru saya sering mengingatkan:

Yang konsisten akan menang.

Walaupun pertambahan gram emas itu perlahan, tabungan tetap berkembang. Seperti perumpamaan kura-kura, kemenangan bukan kerana kelajuan, tetapi kerana tidak pernah berhenti melangkah.


Apabila gram emas yang disimpan semakin bertambah dari masa ke masa, nilai kekayaan kita juga meningkat. Bukan sekadar dari sudut kewangan, tetapi juga dari sudut disiplin dan perancangan hidup.


Akhirnya, guru saya menutup pesanan ini dengan keyakinan:

Bila gram emas kita makin banyak, confirm kita lebih kaya, insyaAllah.  

Dan itulah hakikat simpanan emas, bukan soal mahal atau murah, tetapi soal istiqamah.

Ulasan

Popular