WhatsApp Ikuti Info Terkini

Kita Tak Sanggup Menabung, Tapi Sanggup Berbelanja?

Banyak daripada kita sanggup menghabiskan duit untuk membeli makanan yang tidak sihat, namun menabung untuk masa depan terasa begitu sukar.

Ironinya, jika kita mula mencatat setiap perbelanjaan, seringkali kita akan terkejut, sebenarnya kita mampu menabung sekurang-kurangnya 1 gram emas sebulan, hanya dengan menguruskan perbelanjaan harian.

Masalahnya menjadi lebih nyata apabila perbelanjaan yang kurang bermanfaat, seperti rokok, mengambil keutamaan daripada keperluan penting, contohnya yuran sekolah anak. Apabila gaji rendah, inilah masa untuk menahan diri daripada berbelanja berlebihan dan membina asas kewangan yang kukuh.

Strategi Menabung Bijak : 10% Daripada Pendapatan

  1. Tabung Cash Sebagai Asas

    Menyimpan 5% daripada gaji bulanan dalam bentuk wang tunai, cukupkan untuk menampung perbelanjaan 3 bulan (contohnya dalam Tabung Haji atau ASB).

  2. Kukuhkan Tabungan Tunai Sambil Menabung Emas

    Peruntukkan 5% lagi daripada gaji untuk menabung emas. Sebagai contoh, jika gaji RM2,000:

    • 5% : RM100 → Tabung Haji
    • 5% : RM100 → Simpanan emas

Pengalaman Peribadi

Pengalaman peribadi menunjukkan bahawa walaupun tabungan tunai saya di Tabung Haji sering ‘bocor’, tapi simpanan emas sentiasa bertambah dan tidak berkurang bahkan dalam jangka panjang harga emas menaik, maksudnya jumlah dalam RM juga meningkat.

Platform Menabung Emas Mudah

Kini, menabung emas semakin mudah. Contohnya, Public Gold menawarkan platform menabung emas serendah RM100, sangat memudahkan sesiapa yang ingin memulakan tabungan emas secara konsisten.

Kesimpulan

Menabung bukanlah sesuatu yang mustahil. Kuncinya adalah disiplin dan strategi yang jelas. Dengan membahagikan simpanan antara tabungan tunai dan emas, kita dapat membina kewangan yang lebih kukuh dan masa depan yang lebih terjamin. Emas bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi juga membantu kita belajar mengurus wang dengan bijak.


 

Ulasan

Popular