Umur 59 Pun Masih Boleh Daftar Public Gold?
Ramai yang beranggapan bahawa simpan emas hanya sesuai untuk golongan muda atau mereka yang baru mula bekerja. Hakikatnya, emas sesuai untuk semua peringkat umur — termasuk mereka yang sudah berusia 50-an atau 60-an.
1. Ya, Masih Boleh Daftar Public Gold!
Tidak kira berapa usia anda — sama ada 30, 50 atau 59 tahun ke atas — semua boleh mula menabung emas di Public Gold.
Tiada istilah “terlambat” dalam simpanan emas. Yang penting ialah kesedaran untuk bermula.
Setiap gram yang disimpan hari ini adalah langkah kecil menuju kestabilan kewangan dan ketenangan hati pada masa hadapan.
2. Semakin Tua, Semakin Berbalik Kepada Emas
Guru saya pernah berpesan:
“Semakin tua seseorang, semakin dia akan berbalik kepada emas.”
Kenapa begitu?
Kerana apabila usia meningkat, fokus kita bukan lagi kepada mengumpul kekayaan, tetapi kepada pembahagian dan pengurusan harta.
Dalam hal ini, emas adalah pilihan yang paling praktikal — mudah dibahagi dan mudah diurus tanpa perlu melalui proses panjang seperti aset lain.
3. Kisah Benar: Jual Rumah Untuk Bahagi Harta
Seorang hamba Allah pernah berkongsi pengalaman, beliau ingin menjual rumah untuk dibahagikan kepada anak-anak.
Namun proses jualan rumah itu memakan masa hampir dua tahun sebelum ada pembeli yang sesuai.
Sepanjang tempoh itu, wang belum diperoleh dan urusan pembahagian harta tertangguh.
Prosesnya panjang, memenatkan, dan melibatkan banyak urusan perundangan.
Inilah antara sebab mengapa emas lebih mudah diurus berbanding hartanah.
4. Tapi Kalau Emas...
Berbeza dengan rumah atau aset lain, emas jauh lebih mudah diurus.
✅ Nak beli? Sangat mudah — boleh mula dengan serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.
✅ Nak jual? Tak susah — emas boleh dijual semula pada bila-bila masa mengikut harga semasa.
Tidak perlu mencari pembeli sendiri.
Tidak perlu menunggu bertahun-tahun.
Apabila perlukan tunai, emas boleh ditukar kepada wang dalam masa yang singkat.
5. Kesimpulan
Umur bukan halangan untuk mula menabung emas.
Semakin meningkat usia, semakin penting untuk memiliki aset yang kekal bernilai dan mudah diagihkan.
Emas memberi ketenangan — mudah disimpan, mudah diurus, dan mudah diwariskan.
Jadi, tak kira umur berapa pun anda hari ini, masa terbaik untuk mula simpan emas ialah sekarang.
Ulasan