Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Boleh Ke Bawa Emas Ke Luar Negara?



Soalan ini antara yang paling kerap saya terima:

“Tuan, boleh ke bawa emas ke luar negara?”

“Macam mana kalau nak pergi umrah atau melancong, boleh bawa emas sekali?”

Jawapannya : boleh!

1. Ramai Sudah Bawa Emas Ke Luar Negara


Ramai rakan dealer Public Gold berkongsi pengalaman mereka membawa emas ke pelbagai destinasi dunia seperti Mekah, Madinah, Jepun, Turki, Dubai dan banyak lagi negara lain.

Tiada masalah di pintu masuk atau keluar negara selagi jumlah emas yang dibawa tidak melampaui had undang-undang (biasanya hanya perlu diisytiharkan jika dalam kuantiti besar).

Jadi, untuk emas simpanan biasa — ya, boleh dibawa tanpa sebarang masalah.

2. Emas Diterima di Seluruh Dunia


Emas adalah aset sejagat. Di mana pun kita berada, dari Asia hingga Eropah, dari Timur Tengah hingga Amerika, emas tetap diterima dan diiktiraf nilainya.

Sebab itu, guru saya selalu pesan:

“Emas ialah duit antarabangsa. Ia laku di mana-mana.”

Tak seperti mata wang kertas yang berubah-ubah nilainya mengikut negara dan kadar tukaran, nilai emas kekal diterima tanpa sempadan.

3. Jangan Risau, Emas Sentiasa Laku


Ada juga yang risau, “Kalau simpan emas nanti tak laku di luar negara macam mana?”

Jawapannya : tak perlu risau.

Selagi ia emas tulen (terutamanya 999 atau 24K), ia tetap bernilai dan boleh ditukar kepada wang tunai di mana-mana kedai emas, pawnshop, atau pengeluar emas di luar negara.

Emas tidak terikat pada satu tempat atau sistem kewangan tertentu.

Kesimpulan


Emas bukan sekadar simpanan bernilai, ia adalah aset mudah alih antarabangsa.

Anda boleh bawa ke mana-mana, dan nilainya tetap diiktiraf di seluruh dunia.

“Emas tak kenal sempadan. Di mana pun kita berada, ia tetap duit sebenar.”

Ulasan

Popular