Tips Pengurusan Gaji : Jangan Sampai Miskin Lepas Dapat Gaji
Ramai orang mengalami masalah yang sama setiap bulan : gaji masuk, gembira sekejap, tapi belum sampai hujung bulan, dompet dah “kering”.
Kenapa jadi begitu?
Sebab kebiasaan kita ialah
"Belanja dulu, simpan kemudian".
Hasilnya, langsung tak ada simpanan.
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐃𝐮𝐢𝐭 𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐛𝐢𝐬?
Hakikatnya, sifat duit memang untuk dibelanjakan. Bila nampak duit ada, akan sentiasa ada alasan untuk guna, walaupun bukan untuk keperluan sebenar.
Itulah sebabnya ramai orang kerja bertahun-tahun, tapi simpanan masih kosong.
𝐅𝐨𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐥𝐮, 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚
Guru-guru kewangan selalu tekankan: "𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙪𝙡𝙪, 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙣𝙟𝙖 𝙠𝙚𝙢𝙪𝙙𝙞𝙖𝙣"
Pakar kewangan juga mencadangkan kita gunakan formula 50/30/20:
• 50% untuk keperluan :
Sewa rumah, makan, bil, pengangkutan
• 30% untuk kehendak :
Shopping, hiburan, gaya hidup
• 20% untuk simpanan/pelaburan
𝐂𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐣𝐢
Jika gaji kita RM3,000 sebulan:
✅ RM1,500 → Keperluan
✅ RM900 → Kehendak
✅ RM600 → Simpanan / Pelaburan
Bayangkan, kalau konsisten simpan RM600 sebulan, setahun sudah ada RM7,200. Dalam 5 tahun, jumlahnya lebih RM36,000!
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧
Rahsia kewangan bukan tunggu duit lebih baru simpan, tapi asingkan simpanan sebaik sahaja gaji masuk.
👉 Mulakan dengan 10% daripada gaji.
👉 Tingkatkan simpanan ke 20% bila sudah konsisten.
👉 Jadikan sebahagiannya simpanan emas melalui akaun emas GAP di Public Gold, supaya duit yang disimpan tidak mudah “bocor” untuk dibelanjakan.
Dapat sesuatu?
Ulasan