WhatsApp Ikuti Info Terkini

Siapa Paling Risau Bila Harga Emas Turun?


Dalam ramai-ramai pembeli emas, sebenarnya golongan yang paling risau bila harga emas turun ialah 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻.


Kenapa? Kerana emas itu satu-satunya simpanan yang mereka ada.


𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐭𝐮-𝐒𝐚𝐭𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧


Bayangkan keadaan:


Harga emas sedang turun.


Tiba-tiba kereta rosak atau anak masuk hospital.


Mahu tak mahu, mereka terpaksa jual emas atau pajak di Ar-Rahnu, walaupun ketika harga emas belum mencecah paras menguntungkan. 


Akhirnya, simpanan emas jadi tergadai hanya kerana tiada tunai yang boleh dicapai segera.


𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬


Saya selalu syorkan :

Sebelum mula beli emas, pastikan ada simpanan tunai sekurang-kurangnya 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan.


Apabila dana kecemasan dah ada :


• Kita tak risau kalau harga emas turun.


• Kita tak perlu sentuh simpanan emas walaupun berlaku kecemasan.


• Kita boleh tidur lena kerana tahu emas yang disimpan adalah untuk jangka panjang, bukan untuk digunakan esok atau lusa.


𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧


Emas bukan simpanan utama untuk kecemasan, tetapi pelindung nilai jangka panjang.


👉 Pastikan ada tunai kecemasan dahulu.

👉 Selepas itu baru kumpul emas dengan tenang, tanpa perlu takut harga naik atau turun.


Orang yang ada dana kecemasan, takkan panik bila harga emas turun. Sebab dia tahu, emas itu bukan untuk dijual hari ini, tapi untuk masa depan.


Dapat sesuatu?


Ulasan

Popular