Minda Seorang Gold Saver
Bagi tuan puan yang membeli emas untuk tujuan simpanan jangka panjang, saya gelarkan tuan puan sebagai “gold saver” : golongan penyimpan emas tegar.
𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐒𝐚𝐯𝐞𝐫
Berbeza dengan pelabur jangka pendek yang hanya kejar harga, seorang gold saver mempunyai fokus yang jelas:
"Pertambahan gram emas, bukan pertambahan duit".
Kalau tahun ini sudah ada 100 gram emas, matlamat tahun depan ialah menambah simpanan hingga jadi 150 gram, dan seterusnya.
𝐌𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡
Seorang gold saver tidak sepatutnya terganggu emosinya dengan naik turun harga emas.
✅ Harga emas naik → gembira sebab nilai kekayaan bertambah.
✅ Harga emas turun → lebih gembira kerana peluang menambah gram emas dengan harga lebih murah.
Bak kata guru saya:
“Harga emas naik kita happy, harga emas turun kita lagi happy"
Harga emas naik kita boleh untung, harga emas turun kita boleh borong.
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧
Seorang gold saver tidak melihat emas hanya sebagai keuntungan jangka pendek, tapi sebagai aset kekayaan jangka panjang.
Fokus utama: kumpul gram demi gram, bukan kira ringgit demi ringgit.
Dapat sesuatu?
Ulasan