Menabung Emas, Menyempurnakan Haji Lebih Awal
Alhamdulillah, impian saya dan isteri, Syarifah NurHidayah, untuk menunaikan ibadah haji sebelum usia 35 tahun kini bakal menjadi kenyataan. Dengan izin Allah, pada usia 33 tahun kami akan berangkat menunaikan haji pada tahun 2024 (1445H).
Baru-baru ini, kami menjual sebanyak 100 gram emas fizikal (2 keping Goldbar 50g). Sebelum itu, kami telah menjual 60 gram. Secara keseluruhannya, 160 gram emas bersamaan kira-kira RM52,000 telah ditukar kepada tunai bagi membiayai kos haji kami berdua.
Dua Tip Penting Buat Bakal Jemaah Haji
-
Letakkan target awal untuk tunaikan haji
Jangan tunggu sehingga pencen baru mula fikir soal haji. Didik anak-anak untuk mendaftar haji lebih awal. Kesedaran sejak muda akan membantu kita merancang kewangan dengan lebih baik. -
Menabung dalam bentuk emas
Emas adalah simpanan jangka panjang yang kukuh. Kami sendiri menjadikan emas sebagai dana haji, selain sesuai untuk dana persaraan, pendidikan anak, deposit rumah, atau modal bisnes.
Untung Besar Menabung Emas untuk Haji
Bayangkan jika saya mahu menunaikan haji pada tahun 2016 tanpa subsidi kerajaan. Anggaran ketika itu, saya memerlukan 180 gram emas seorang (360 gram untuk dua orang).
Namun pada tahun 2024 ini, jumlah emas yang perlu dijual jauh berkurang. Saya hanya perlu menjual sekitar 100 gram emas seorang untuk membiayai kos penuh haji.
👉 Itu bermakna, saya jimat 80 gram emas seorang, bersamaan lebih kurang RM28,000. Untuk dua orang, jumlah penjimatan mencapai RM56,000.
Perbezaan besar ini berlaku kerana harga emas terus meningkat dari tahun ke tahun. Inilah bukti kukuh bahawa menabung emas sangat membantu mengekalkan dan melindungi nilai simpanan kita.
Kesimpulan
Mulakan tabungan emas seawal mungkin. Jangan tunggu gaji besar atau tunggu usia senja. Menabunglah sedikit demi sedikit. Walaupun kos haji akan meningkat pada masa depan, simpanan emas tetap relevan dan berkuasa menjaga nilai.
Insya’Allah, dengan 100 gram emas seorang, ia sudah memadai untuk menampung kos haji pada masa akan datang — dengan syarat kita mula menabung dari sekarang.
Ulasan