WhatsApp Ikuti Info Terkini

Kenapa Public Gold Poskan Emas Bawah 21.25 Gram?



Ramai yang baru mula menabung emas tertanya-tanya, kenapa emas kecil-kecil bawah 21.25 gram di Public Gold perlu dihantar melalui pos, sedangkan emas besar pula boleh ambil di cawangan?


Sebenarnya, ada dua sebab utama kenapa Public Gold buat begitu. Dan bila kita faham, kita akan nampak betapa bijaknya strategi ini untuk pelanggan.


1️⃣ 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 & 𝐉𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧


Hari ini, pelanggan Public Gold sudah melebihi 1 juta orang di seluruh Malaysia. Setiap hari ada transaksi jual beli emas. 


Bayangkan kalau 50 ribu orang datang ke cawangan hanya untuk ambil emas kecil mereka?


Sudah tentu barisan panjang, masa terbuang, dan tenaga pun penat menunggu.


Dengan pengeposan, semua jadi lebih mudah.


✅ Emas dihantar terus ke depan rumah.

✅ Tak perlu beratur atau bersesak di cawangan.

✅ Kalau emas hilang semasa penghantaran, Public Gold jamin ganti dengan emas baru.


Jadi, pelanggan dapat jimat masa, tenaga, dan tetap rasa tenang sebab semuanya dilindungi insurans 100%.


2️⃣ 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐡 & 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐢𝐭𝐢𝐟


Pernah terfikir kenapa emas di kedai emas lebih mahal?


Kata guru saya:


Sebab dia letak emas di kedai. Bila letak emas dekat kedai, dia perlu ambil kira beberapa kos. 


Antaranya:


- Kos security (penjagaan keselamatan)

- Kos insuran kedai

- Kos operasi & kakitangan

- Kos penjagaan stok di setiap cawangan


Semua kos itu akhirnya ditolak kepada pelanggan dalam bentuk harga emas yang lebih tinggi.


Sedangkan di Public Gold, emas kecil bawah 21.25 gram disimpan terus di kilang dengan selamat. 


Bila pelanggan nak keluarkan, barulah emas diproses dan diposkan. 


Hasilnya, kos operasi jadi jauh lebih rendah, dan pelanggan dapat menikmati harga emas yang lebih murah berbanding pasaran biasa.


𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧


Public Gold memilih untuk poskan emas kecil bawah 21.25 gram bukan kerana susahkan pelanggan, tapi kerana:


1️⃣ Mahu mudahkan urusan pelanggan supaya tak bazir masa.

2️⃣ Mahu kekalkan harga emas serendah mungkin tanpa kos tersembunyi.


Jadi, bila kita simpan emas di Public Gold, kita bukan saja dapat nikmat harga murah, tapi juga jaminan keselamatan dan kemudahan yang terjamin.


💡 Ingat, emas bukan sekadar simpanan, ia adalah perlindungan nilai harta. Dan Public Gold sedang mudahkan jalan untuk kita.


Dapat sesuatu? 

Ulasan

Popular