Kenapa Orang Memilih Untuk Simpan Emas?
Ramai orang menghadapi pilihan sama ada mahu menyimpan duit atau menyimpan emas.
Apapun pilihan kita, pastinya ada sebab yang kukuh di sebaliknya.
Salah satu sebab utama orang mula menyimpan emas ialah nilai wang ringgit yang semakin merosot.
Contoh Inflasi Ringkas
Tahun 1990, nasi lemak hanya RM0.50.
Tahun 2023, harga naik menjadi RM1.20.
Tahun 1990, roti canai RM0.50.
Tahun 2024, harga naik kepada RM1.60.
Apa yang berlaku bukan sekadar harga naik, tetapi nilai wang ringgit semakin mengecil dari masa ke masa.
Emas Sebagai Pelindung Nilai
💎 Menabung emas membantu melindungi simpanan wang kertas daripada susut nilai akibat inflasi.
💎 Dengan menabung sedikit demi sedikit, kita dapat membina simpanan yang kekal bernilai, walaupun nilai mata wang semakin merosot.
Kesimpulan
Belajar menabung emas secara konsisten adalah strategi bijak untuk melindungi kekayaan kita.
Kalau tidak, suatu hari nanti, duit kertas yang kita simpan boleh kehilangan nilai sepenuhnya.
Ulasan