WhatsApp Ikuti Info Terkini

Dividen ASB Pergi Mana?



Setiap kali dividen ASB diumumkan, soalan paling besar ialah: duit dividen tu kita buat apa?


✅ Ada orang guna untuk beli kereta.

✅ Ada orang buat deposit rumah.

✅ Ada yang belanja sakan.

✅ Ada yang bayar hutang.


Tapi ada juga orang yang bijak mengurus kewangan, dividen ASB dia tak habiskan, sebaliknya dilaburkan semula dalam bentuk emas pelaburan.


𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤: 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐢𝐩𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥, 𝐃𝐢𝐯𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐬𝐞𝐭


Ada orang pilih untuk biarkan duit pokok (principal) kekal dalam ASB. Tapi dividen yang dapat setiap tahun, terus disalurkan ke Akaun Emas GAP di Public Gold.


Dengan cara ini:


• Modal asal masih berkembang dalam ASB.

• Dividen pula bertukar menjadi aset emas fizikal yang nilainya "kebal inflasi".


𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧


Rakan saya pernah menerima panggilan daripada seorang penyimpan emas.


Katanya, duit KWSP dia pernah dimasukkan ke ASB hampir RM200,000. Tapi dalam tempoh tak sampai setahun, RM100,000 dah habis begitu sahaja.


Apa yang dibelanjakan?


Renovate rumah, beli sportrim baru, barang-barang yang bukan keperluan. Akhirnya, duit makin susut tanpa nampak hasil.


Menyedari kesilapan itu, beliau ambil tindakan. Separuh daripada simpanan, iaitu RM100,000 dialihkan kepada emas melalui Akaun Emas GAP.


𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬?


Ada orang memang sukar kawal duit tunai. Bila nampak duit banyak dalam akaun, mudah tergoda nak berbelanja.


Tapi bila simpan dalam bentuk emas:


1️⃣ Kalis Boros : Duit jadi "kebal" daripada nafsu boros & susah nak “cairkan” untuk benda yang tak penting.

2️⃣ Kalis Inflasi : Selamat daripada kejatuhan nilai dan nilai emas pula terus meningkat dari masa ke masa.


Itulah sebabnya, kaedah paling mudah dan praktikal adalah melalui Akaun Emas GAP Public Gold, boleh menabung emas secara percuma tanpa caj tersembunyi.


𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧


Dividen ASB tu jangan habiskan semua. Biarkan duit pokok terus berkembang, tapi gunakan dividen untuk bina aset jangka panjang : emas.


👉 Jadikan emas fizikal sebagai kekuatan kewangan.


👉 Tukarkan dividen jadi emas yang ada di tangan.


Ingat, duit boleh habis bila-bila. Tapi emas akan kekal bernilai sepanjang zaman.


Dapat sesuatu?


Ulasan

Popular