WhatsApp Ikuti Info Terkini

Dividen ASB dan Kenaikan Harga Emas : Mana Lebih Untung?

 


Ramai orang suka bandingkan ASB dengan emas fizikal. Kata guru saya, jawapannya subjektif, bergantung pada fungsi dan tempoh simpanan.


𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐁


✅ Secara purata, ASB memberi dividen sekitar 4–5% setahun.

✅ Dividen ini konsisten, sesuai untuk simpanan jangka pendek dan dana kecemasan.


Namun, ASB tetap terikat dengan sistem kewangan dan bergantung kepada kerajaan.


𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬


Emas pula berbeza kerana pulangannya bergantung kepada harga masuk (entry price).


Contohnya:

✅ Januari 2023, harga emas sekitar RM280++ segram.

✅ Disember 2023, harga naik ke RM300++ segram.


Selepas tolak spread (susut nilai), penyimpan emas di Public Gold sudah pun untung bersih 8% dalam masa tak sampai setahun.


✅ Secara purata 20 tahun terakhir, emas menunjukkan kenaikan sekitar 10% setahun.


𝐉𝐚𝐝𝐢, 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤?


Jawapannya: pilih kedua-duanya.


✅ ASB untuk dividen tahunan, simpanan kecemasan & jangka pendek.

✅ Emas fizikal untuk simpanan jangka panjang & lindung nilai harta.


𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤


Ambil dividen ASB setiap tahun dan laburkan semula ke dalam emas melalui Akaun Emas GAP. 


Lama-kelamaan, kita bukan saja dapat hasil dividen, tapi juga gandaan nilai daripada kenaikan harga emas.


𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧


💡 Rahsia kewangan bukan pada pilih salah satu, tapi gabungkan kedua-duanya mengikut fungsi. 


Dividen ASB jadikan modal tambahan, emas jadikan penyimpan nilai jangka panjang.


Dapat sesuatu?

Ulasan

Popular