Dapat Gaji, Apa Nak Buat?
Setiap kali gaji masuk, perkara pertama yang patut kita buat ialah asingkan sekurang-kurangnya 10% untuk simpanan.
Tapi sebelum itu, saya nak tanya Tuan/Puan:
Adakah simpanan anda semakin bertambah, atau semakin berkurang setiap bulan?
Hakikatnya, ramai orang boleh disiplin untuk bayar hutang bank setiap bulan, tetapi tak ramai yang mampu disiplin menyimpan untuk diri sendiri. Betul kan?
Kalau gagal menyimpan dalam bentuk duit, ada satu alternatif yang lebih berkesan — simpan dalam bentuk emas.
Kenapa Simpanan Emas Lebih Praktikal?
- Dengan duit, kita mudah “tergoda” untuk belanja.
- Dengan emas, kita simpan sesuatu yang lebih sukar untuk diusik.
Bahkan, dengan emas kita boleh mula kecil-kecilan. Contohnya, 1 gram sebulan.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bila kita mula dengan 1 gram sebulan, selepas 12 bulan bukan sekadar ada 12 gram. Selalunya lebih! Sebab…
- Menyimpan emas ini buat kita rasa “ketagih” nak tambah simpanan.
- Dan bila harga emas naik, kita dapat lagi bonus keuntungan jangka panjang.
Kesimpulan
Kalau nak kewangan lebih kukuh, kuncinya ialah konsisten menyimpan.
Kalau simpan duit terasa susah, cubalah beralih kepada emas.
- Dengan emas, simpanan lebih terjamin.
- Konsisten simpan = simpanan semakin bertambah.
- Simpanan bertambah = kewangan semakin kukuh.
Ulasan