5 Kriteria Emas Yang Terbaik
Nak dapatkan keuntungan maksimum dengan simpanan emas, tuan puan kena check 5 kriteria emas yang terbaik sebelum beli emas untuk simpanan dan pelaburan emas.
Tak kiralah apa nama syarikat sakalipun , syarikat emas datang dan pergi , setiap kali ada syarikat baru, tuan puan nilaikan sendiri berdasarkan 5 kriteria penting yang guru emas saya kongsikan
1️⃣ Harga Per Gram Murah.
Tak semestinya pilih "paling murah", tapi antara yang "termurah".
Harga "paling murah" belum tentu cepat untung. Jadi kena semak 4 lagi kriteria.
2️⃣ Spread Rendah.
Spread : Keuntungan yang diambil syarikat, kedai atau penjual emas.
Spread yang terbaik adalah mesti 10% ke bawah.
3️⃣ Banyak Cawangan.
Bila nak jual lebih mudah nak datang dekat mana-mana cawangan terdekat dan harga boleh dapat lebih tinggi.
4️⃣ Stok Emas Tiada Had.
Peluang borong emas lebih banyak terutama ketika harga emas turun mendadak.
5️⃣ Jaminan Beli Balik (Buyback)
Jaminan beli balik (buyback) emas walaupun dalam jumlah yang besar dan tidak cerewet : contohnya, emas terbuka seal, calar atau kemek.
Jadi itu guideline untuk tuan puan nak beli emas di mana-mana syarikat emas sekalipun,
Paling penting :
✅ Pastikan beli emas, dapat emas fizikal.
✅ Check semula 5 kriteria terbaik tadi secara pakej, bukan pilih salah satu.


Ulasan