WhatsApp Ikuti Info Terkini

Tak Menyesal Menabung Emas Untuk Selesaikan Hutang Kereta


Perkongsian #TestimoniPenyimpanEmas dari rakan dealer, Puan Nor Mazlinawati sebagai #KisahInspirasi.


𝐓𝐚𝐤 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚. 𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐦𝐩𝐢.


Segan saya nak mulakan, tapi sekadar nak berkongsi sedikit kisah bebas hutang kereta saya beberapa hari yang lalu. Sungguh saya tak sangka saya boleh bebas hutang. Macam mimpi. 

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡


Asalnya saya buat poster Tuan Mohamad Hafiz Shafie tentang bebas hutang kereta sebanyak 40k. 

Sebelum tu dah banyak saya buat poster tentang testimoni penyimpan emas yang menggunakan emas sebagai capai matlamat. 
Akhirnya saya terpengaruh, pengaruh yang baik. 

Terus saya buat kira-kira simpanan emas saya yang saya dah tabung sejak 2019. 


Setelah saya minta beberapa pendapat suami, pendapat Kapten Kewangan Raitu Shahmi, dan ada beberapa orang lagi, saya decide nak jual emas saya. 

𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤, 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 : 𝐓𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐲𝐚


Ada emas berketul-ketul pun kalau kita masih ada hutang, sebenarnya kita tak bertambah kaya. Kita kena capai check point kewangan selamat. 

Kebetulan harga emas naik cecah RM340 hari tu. 
Setelah ditolak dana haji dan dana kecemasan 3 bulan-6 bulan, saya buat keputusan jual sebanyak 221.25gram emas saya yang bersamaan dengan RM69k. 

𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐚𝐤 𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐄𝐦𝐚𝐬, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐭𝐢𝐟


Rasa memang sayang nak jual, saya pun dah buat untung dengan emas tersebut sebab ada kebanyakan emas tersebut saya beli tahun 2021, memang kenaikan lebih 20%. 

Tapi fikir-fikir balik tentang nak bebas hutang dan hidup aman dan tenang, saya lepaskan. 

𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝟑 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 : 𝐉𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐑𝐦𝟐,𝟔𝟎𝟎


Dan alhamdulillah pada 27 Februari 2024, saya dah officially bebas hutang kereta yang sepatutnya saya langsaikan lagi 3 tahun sebanyak RM67k. Saya jimat dalam RM2,600.00. 

Jadi duit lebihan bayar kereta 3 tahun akan datang, saya akan kumpul semula emas untuk bina dana rumah untuk pelaburan pula.

Ini keputusan saya dan hari ni saya tak menyesal, saya rasa sangat tenang sebab dah tak terikat dengan satu beban hutang. 

Andai saya meninggal, waris saya tak perlu susah-susah nak langsaikan hutang kereta tersebut. 

Bila dah bebas hutang negatif ni, saya akan bergerak ke checkpoint kewangan selamat yang seterusnya iaitu 12 bulan gaji. 

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥


Sedikit sharing, cara saya simpan emas ialah mengikut cara yang mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie ajarkan. 

Saya fokus kepada pertambahan gram emas. Saya alihkan sahaja duit bila dapat gaji kepada simpanan emas dahulu, baru berbelanja. 

Ada duit extra macam bonus, saya tukarkan kepada emas. Saya tak peduli harga emas. 

Mentor saya kata, "akhir sekali, orang yang untung ialah yang ada gram emas yang banyak".

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐍𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐭𝐭𝐞𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬


Sedikit tips bagi yang nak settlekan hutang : 
✅ Niat nak bebas hutang, 
✅ Fokus kepada buat simpanan,
✅ Bina tabiat menyimpan. 

Hutang tetap kena bayar. Tak ada magik atau short cut kata mentor saya. Saranan saya, baca buku mentor saya #BukuMisiBebasHutang. 

𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 : 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬


Untuk buat simpanan, lebih baik simpan dalam bentuk emas untuk jangka masa 2 tahun dan ke atas. 

📉 Simpan duit - nilai ringgit makin menyusut
📈 Simpan emas - nilai emas semakin meningkat.

InshaAllah saya doakan tuan puan pun dapat bebas hutang dengan manfaat emas. 

Beginilah caranya penyimpan-penyimpan emas berjaya settlekan hutang dan kekayaan bertambah. 

Sekarang rasa macam tak percaya juga. Alhamdulillah..


Dapat sesuatu?


 Kongsi Artikel Ini :- 

Ulasan

Popular