WhatsApp Ikuti Info Terkini

Perbandingan : Easy Payment Purchase (Bayaran Bulanan) VS Akaun Emas 'Gold Accumulation Program' (GAP)

 

EPP : Easy Payment Purchase (Bayaran Bulanan)


1. Lock Harga : Beli emas masa depan dengan harga hari ini.

2. Bayar Bulanan Berjadual : Bayar bulanan mengikut jadual yang ditetapkan. Bayar lebih pun boleh, lebih cepat habis bayar, lebih cepat dapat emas.

3. Bayaran Kekal : Turun naik harga emas, bayaran tetap sama sampai habis bayar.

4. Simpan Sendiri : Lepas habis bayar, emas tu mesti simpan sendiri. Tak boleh wakilkan Public Gold simpankan secara percuma seperti Akaun GAP. Kalau nak wakilkan Public Gold simpankan boleh simpan di Public Safe (ada caj simpanan). 

5. Bukan Emas Anda : Selagi belum habis bayar selagi itu emas bukan milik anda. Selesai habis bayar, baru dikira emas anda.

6. Penalty 10% : Kalau tak mampu bayar, akan dikenakan penalty 10% daripada harga emas yang di lock.

7. Tempoh 3 Hari : “Bayaran pertama” perlu diselesaikan dalam tempoh 3 hari selepas lock harga. 

8. Tak Boleh Tukar Item Emas : Item emas tak boleh ditukar sehingga habis bayar. Jika mahu item lain, perlu lock yang baru. Yang lama perlu bayar seperti biasa.

9. Terlepas Peluang Borong : Bila harga emas turun, terlepas peluang untuk borong emas lebih banyak. 


GAP (Akaun Emas Gold Accumulation Program)


1. Tiada Lock : Beli 1 gram, dalam akaun kekal 1 gram.

2. Fleksibel :-
  • Belian : Tiada komitmen bulanan, boleh beli pada bila-bila masa.
  • Pengeluaran : Boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa (asalkan cukup gram dalam akaun).
  • Jual Semula (Buyback) : Boleh jual terus dalam akaun emas GAP, duit nanti Public Gold transfer ke akaun bank kita.

3. Simpanan Percuma : Boleh wakilkan Public Gold simpankan secara percuma. Tiada sebarang caj. Tiada had simpanan, boleh simpan sampai bila-bila.

4. Hak Milik Kita : Beli 10 gram dalam akaun, 10 gram kekal milik kita dalam akaun sampai bila-bila.

5. Pilih Item Emas : Gram emas cukup dalam akaun, boleh pilih jenis/item emas yang berminat. Boleh pilih goldbar, dinar dan barang kemas (emas berketulenan 24k sahaja) : Lihat tutorial disini 👉🏻 https://publicgoldofficial.com/wanhasbullah/pengeluaran-barang-kemas

6. Gold ATM : Boleh keluarkan emas fizikal melalui mesin Gold ATM diseluruh Malaysia : Lihat tutorial disini 👉🏻 https://publicgoldofficial.com/wanhasbullah/pengeluaran-gap#step3

7. Borong : Harga emas turun, peluang untuk borong (beli lebih banyak gram emas).


Kesimpulan


1. Keuntungan : Tiada jaminan. Ada masa GAP lebih menguntungkan, ada masa EPP lebih berbaloi.

Contoh :-
  • EPP : Lock semasa harga Rm500 pergam, tiba-tiba harga turun mendadak Rm480 pergram. Jadi kita kena buat bayaran sampai habis kekal dengan harga Rm500 pergram walaupun harga emas naik mencanak atau harga emas turun mendadak.
  • GAP : Harga yang dibeli mengikut harga yang dibayar. Tips Akaun GAP, setiap bulan konsisten menabung, harga emas turun peluang untuk borong. Harga naik, kita untung.

2. Kemampuan : Kalau mampu untuk bayar bulanan mengikut jadual, boleh pilih EPP.

3. Selamat & Mudah : Nak selamat dan mudah, tak nak pening kepala, boleh pilih akaun GAP.


Kalau tanya saya pilih yang mana, saya lebih berminat Akaun GAP.



Kenapa? Sebab kelebihan akaun GAP :



📊 Turun naik harga emas, tetap konsisten menabung.
📉 Harga emas turun, saya borong.
📈 Bila naik, saya untung.


Dalam jangka masa panjang (2 tahun ke atas), harga emas akan naik.


Maksudnya, saya buat untung dengan kenaikan harga emas tanpa perlu buat apa-apa.


Kaedah mudah dengan akaun GAP saya set auto debit. Boleh baca sini : https://www.publicgoldofficial.com/wanhasbullah/gap-autodebit-all


GAP Auto Debit
  • Tahu-tahu gram emas bertambah, tahu-tahu simpanan meningkat, tahu-tahu untung.
  • Public Gold ada sediakan kempen khas untuk GAP Auto Debit Rm200 setiap bulan. Pemenang terpilih akan memenangi emas. Pemenang pertama akan berpeluang memiliki emas percuma goldbar 10 gram. Sambil simpan emas sambil menang emas. Mana tahu ada rezeki, boleh dapat goldbar 10 gram secara percuma.

Dapat sesuatu?


 Kongsi Artikel Ini :- 

Ulasan

Popular