WhatsApp Ikuti Info Terkini

Bila Waktu Terbaik Jual Emas?

 

Waktu terbaik jual emas ada pada 3 situasi :


𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 : 𝐂𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐫𝐠𝐞𝐭 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧


Jika simpanan tuan puan dah capai target yang tuan puan tetapkan.


Sebagai contoh tuan puan simpan emas sebab nak mengerjakan umrah.


Target 1 dinar sebanyak 10 keping, kemudian jual dan pergi mengerjakan umrah.


Ataupun simpan emas untuk dana pendidikan anak-anak dan juga melangsungkan perkahwinan.


𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 : 𝐓𝐞𝐫𝐝𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐍𝐚𝐤 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢 𝐃𝐮𝐢𝐭


Jika tuan puan terdesak nak pakai duit, kebetulan cash dekat tangan dan habis. 


Jadi waktu itulah waktu terbaik untuk tuan puan jual emas yang ada di tangan.


𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 : 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧


Jika tuan puan jumpa satu pelaburan yang memberikan keuntungan yang jauh lebih baik daripada emas. 


Contohnya hartanah dibawah harga pasaran atau hartanah yang boleh memberi positive cashflow.


Selain daripada 3 situasi ini, apabila tuan puan dah pun untung tapi tuan puan tiada keperluan lain untuk menjual emas, lebih baik simpan sahaja emas tersebut.


Sebab, simpanan emas semakin lama kita simpan harganya akan semakin naik dan mahal.


Dan lebih banyak keuntungan yang tuan puan bakal dapat.


Dapat sesuatu?


 Kongsi Artikel Ini :- 

Ulasan

Popular