WhatsApp Ikuti Info Terkini

Emas Sebagai Mas Kahwin


Perkongsian #TestimoniPenyimpanEmas dari rakan dealer, Tuan Amirullah sebagai #KisahInspirasi.


𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫


Diceritakan Tuan Amirullah,


Sejak masih bergelar pelajar lagi saya berusaha dan konsisten dalam membuat simpanan emas. 


Tujuan utama saya masa itu adalah untuk dijadikan hantaran perkahwinan.


𝟕 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐬 𝐊𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠


Jadi Alhamdulillah, pada 29 Januari 2022, saya telah diijabqabulkan dengan pasangan saya dengan Mas Kahwin sebanyak 7 dinar serta seutas rantai yang saya beli semasa tingkatan tiga lagi. 


Saya telah membuat persiapan awal untuk berkahwin dan kesannya ialah saya tiada hutang untuk Majlis Perkahwinan saya.

___

Baca juga : Kelebihan Emas Sebagai Simpanan


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita apabila nak berkahwin mesti membuat hutang. 


Bukan semua, namun itulah yang sentiasa berlaku. Sebab apa perkara ini berlaku, sebab tiadanya simpanan atau dana perkahwinan tersebut.


𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐀𝐝𝐚, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚. 𝐀𝐩𝐚 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮?


Apabila tiada simpanan untuk berkahwin, sedangkan calon sudah ada. Apa yang akan berlaku adalah dua perkara :-


1️⃣ Tarikh perkahwinan akan ditangguhkan kepada tarikh yang lain,agar duit mencukupi. Atau


2️⃣ Membuat hutang dengan bank atau saudara mara.


𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐀𝐝𝐚 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧


Jadi, bagi anak muda jangan tunggu ada calon baru nak menyimpan. 


Sebaliknya simpan dari sekarang. Senang, apabila ada calon nanti boleh terus melansungkan perkahwinan tanpa ada halangan dari segi kewangan.


Dapat sesuatu?


 Kongsi Artikel Ini :- 

Ulasan

Popular