WhatsApp Ikuti Info Terkini

Salah Faham Tentang 'Bersara'!

Ramai orang salah anggap, kita fikir orang lain yang perlu bantu persaraan kita.


Contohnya,


✅ ''Tak pe la, suamikan ada. Biar suami je la jadi persaraan untuk kita''.


✅ ''Tak pe la, mak ayah kan kaya. Boleh la dapat harta pusaka diorang''.


✅ ''Tak pe, anak-anak kan ada. Biar diorang je la sediakan persaraan untuk kita. Kalau diorang tak sediakan diorang memang anak derhaka''.


Tuan puan, ini tak betul dan salah dalam kewangan individu walaupun kita ada suami, ibu bapa yang kaya atau anak-anak.


𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮,


Suami adalah pinjaman sementara, bukan hak Puan selama-lamanya.


Samada diambil tuhan ataupun suami di sailang betina jadian.


Jadi Puan Puan, nafkah atau duit belanja yang suami bagi tu boleh menabung.


Ataupun Puan Puan boleh buat bisnes online sampingan dari rumah.


Income tu jadikan sebagai tabung emas untuk kegunaan masa depan nanti.


Sekaya-kaya parents kita, belum tentu dia akan wariskan harta mereka.


Kalau wariskan pula, adakah ada penama untuk kita? Bimbang bermasam muka dengan adik beradik pula (ini realiti ya!).


Anak-anak kita pula, belum tentu dapat kerja yang bagus, gaji besar.


Kerja bagus, gaji besar sekali pun belum tentu mereka boleh support tuan puan untuk bersara.


Ada anak walaupun kerja di bandar, gaji besar, terkadang tak cukup nak sara diri sendiri & keluarga.


Jika semua itu direzekikan untuk tuan puan bersara, alhamdulillah.


Jika tidak direzekikan?


Adakah tuan puan mahu menyalahkan taqdir?


Dek kerana itu, jangan salahkan taqdir jika kita tak pandai tadbir.


Dapat sesuatu?


 Kongsi Artikel Ini :- 

Ulasan

Popular