Impian Terlaksana Dengan Simpanan Emas
Perkongsian #TestimoniPenyimpanEmas dari rakan dealer, Puan Nor Nadiah sebagai #KisahInspirasi.
Emas Bukan Segala-galanya
Diceritakan Puan Nor Nadiah,
Emas bukanlah segala-galanya, tetapi dengan asbab emas dan izin Allah, beberapa impian saya terlaksana tahun ni.
Awal bulan september hari tu, saya jual sedikit simpanan emas saya dengan beberapa tujuan.
Antaranya:
1. Langsaikan hutang kereta ✅
2. Belanja mak menunaikan umrah ✅
Saya mula menabung emas pada hujung tahun 2020, saya dah mula nampak manfaat simpanan emas selama ni kepada saya dan keluarga.
Perkongsian Tentang Bajet Umrah Dengan Emas
Sedikit perkongsian tentang budgjet umrah yang saya ambil untuk perjalanan dari 21/9-1/10/2023, saya menggunakan perkhidmatan Az Zuha Group Travel & Tours.
Mungkin boleh beri sedikit pengetahuan dan rujukan untuk anda semua.
Untuk kos seorang, kos pakej yang saya ambil adalah 9 dinar bersamaan RM10000+-. Cukup untuk bayar pakej umrah premium dan duit belanja.
Sebenarnya, budget 9 dinar ni lebih dari cukup, sebab ada harga pakej umrah yang lebih murah dari pakej yang saya ambil.
Cuma untuk saya, jarak hotel dengan Majidil AlHaram dan Masjid Nabawi menjadi keutamaan untuk keselesaan mak, suami dan adik-adik.
Supaya mak, suami dan adik-adik boleh berulang-alik ke masjid dengan tenang.
Begitulah.
Impian Terlaksana Dengan Simpanan Emas
Ya, emas bukanlah segala-galanya, tetapi dengan simpanan emas berdikit-dikit dari tahun 2020, 9 keping dinar dari simpanan saya, saya dah gunakan untuk belanja mak saya menunaikan umrah.
Simpan emas ni mudah dan lebih cepat tercapai impiannya.
Matlamat kita semua tak sama. Tak apa.
Bagi yang dah mulakan simpanan emas, letaklah matlamat jangka panjang anda.
Anda akan lebih fokus dalam menyimpan emas dan dalam tak sedar anda sedang bergerak ke arah impian anda.
Dapat sesuatu?
Kongsi Artikel Ini :-


Ulasan