Emas Sebagai Dana Haji Untuk Ibu
Perkongsian #TestimoniPenyimpanEmas dari rakan dealer, Puan Nurizaty.
Bermula Dengan Impian
Saya nak share sedikit cerita saya.
Saya ada satu impian. Saya nak hantar Ma Abah saya menunaikan haji ke Mekah.
Maka menabunglah saya dalam Akaun ASB dan Tabung Haji.
Gagal Menabung Dan Kumpul Duit
Dipendekkan cerita, tak berjaya menabung sebab bila nampak banyak duit, saya korek balik.
Ada masalah kewangan, korek lagi.
Simpan korek, simpan korek!
Arghh.. Tak boleh jadi!
Sehingga lah saya ubah cara simpan saya.
Ubah Kaedah Menabung
Sebelum ini menabung duit gagal. Diubah kaedah menabung iaitu daripada menabung duit kepada menabung emas.
5/5/2018 saya buat komitmen belian 10 dinar secara #EPP (bayaran ansuran)
___
Baca sini : Apa itu Easy Payment Purchase (EPP)
Paksa diri bayar 10 bulan.
Benar kata mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, "Tak Paksa Tak Jadi"
Alhamdulillah. Selesai bayar 10 bulan. Saya collect 10 dinar di cawangan Public Gold Ipoh, PG Ipoh.
![]() |
| Pada kepingan 10 dinar itu, saya lekatkan tarikh beli, harga & matlamat " Biaya haji Ma Abah". |
Harga Emas 10 Dinar Meningkat Dalam Tempoh 5 Tahun
Tahun 2023 - Ma dapat panggilan haji. Alhamdulillah
Tiba lah masanya saya jual 10 dinar itu.
✅ Mei 2018 - 10 dinar bernilai RM7630
✅ Mei 2023 - 10 dinar bernilai RM13k+++
Ya Allah Syukur sangat. Saya jual 10 dinar pada PG, dapat RM12,086.
Pertambahan hampir RM5k dalam tempoh 5 tahun.
7 April (16 Ramadhan ) - duit RM12,086 masuk ke Akaun saya. Alhamdulillah.
Seterusnya, saya kongsi cara saya transfer ke akaun Tabung Haji Mak saya.
Mengejar keberkatan Ramadhan.
Saya transfer RM1k setiap 10 malam terakhir Ramadhan ke Akaun Tabung Haji ibu saya. Setiap malam dengan niat mengejar pahala malam Lailatul Qadar.
Semoga Allah izin saya beroleh pahala 1000 bulan Lailatul Qadar.
Aamiinnn ya Rabbal 'Alamin.
Kongsi Artikel Ini :-




Ulasan