WhatsApp Ikuti Info Terkini

Berhati-Hati Dengan Syarikat Emas Begini!


Emas Secara Asasnya ialah Emas Fizikal. Kita bagi duit dan boleh dapat secara fizikal.


Hati-hati kalau ada mana-mana syarikat emas yang tawarkan 3 perkara ini :


1️⃣ beli emas dapat keuntungan setiap bulan.



Emas tiada dividen secara tahunan ataupun bulanan seperti ASB ataupun Tabung Haji.


Ini semua scammer emas seperti zaman tok berlagak dulu.


2️⃣ beli emas beribu-ribu tapi nak keluarkan sekeping emas 1gram pun bukan main cerewet. 



Makan masa berbulan-bulan pun masih tidak dapat. Mungkin syarikat begini jual emas berdasarkan ‘nombor ‘ sahaja dan bukan emas fizikal sebenar.


3️⃣ beli emas, kalau nak untung lebih kena pajak. 



Ini satu lagi kaedah terpesong.


Konsep pajak emas sebenarnya : kita berhutang dengan mencagarkan emas.


Kalau pergi pajak :
✅ Yang confirm untung adalah ejen,
✅ Yang confirm tanggung risiko adalah anda yang dengar kata ejen. 


Dan sebenarnya, beli emas sahaja pun dah untung untuk tempoh 2-3 tahun ke atas tanpa perlu tanggung risiko emas kena lelong.


Kalau betul lah ada teknik pajak yang boleh jadikan kita kaya, kedai-kedai emas dah lama buat!


Dapat sesuatu?


 Kongsi Artikel Ini :- 

Ulasan

Popular