WhatsApp Ikuti Info Terkini

Risiko Terbeli Emas Curi


𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗖𝘂𝗿𝗶


Memang risiko besar jika Tuan Puan terbeli emas yang dicuri. 


Untuk pengetahuan Tuan Puan, setiap goldbar atau dinar, ada tertulis nombor siri pada emas dan sijil ketulenan tu. 


Sebab tu individu yang bermasalah ni, mereka tak akan jual direct kepada company macam Public Gold sebab nanti rekod jual beli mereka kena trace oleh BNM. 


Kata guru emas saya, "𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖-𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑜𝑓𝑓-𝑟𝑒𝑐𝑜𝑟𝑑".


Mereka selamat, Tuan Puan yang terjerat.


𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔 𝗜𝗦𝗨


1️⃣ Public Gold (atau pengeluar asal) tak akan beli balik emas yang sudah dilaporkan sebagai emas curi. 


2️⃣ Risikonya lebih besar, iaitu kita sekali boleh dituduh terlibat ataupun bersubahat dalam kes jenayah - dan boleh masuk ke 'dalam' (lokap atau penjara) !


Ini lebih berat.


𝗣𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝗲𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 (𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂) 𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗰𝘂𝗿𝗶?


Jawapannya "tak boleh".


Sebab tu kalau ada emas kena curi atau rompak, pemilik asal akan buat report polis. 


Dan kata guru emas saya, ''𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑝𝑜𝑟𝑡 𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑃𝑢𝑏𝑙𝑖𝑐 𝐺𝑜𝑙𝑑''.


Tapi sekarang pihak Public Gold dah tak dedahkan maklumat tu macam apa yang Public Gold buat pada tahun 2012, iaitu ketika branch Public Gold masih tak banyak.


Kalau emas tu bermasalah, pihak Public Gold akan tolak untuk beli balik emas tu kalau emas tu bermasalah. Sebab barang tu nanti akan jadi barang kes polis.


Guru emas saya sentiasa ingatkan kepada dealer Public Gold supaya jual beli direct dari trusted company. Bukan jadi penjual individu.


Lagi satu kena ingat, jual beli emas ni dalam pemantuan BNM.


Sebab tu bila beli emas dengan Public Gold, Public Gold nak sahkan IC pembeli dulu baru boleh dapatkan emas. Sebab emas selalu digunakan sebagai alat untuk sorokkan duit hasil aktiviti haram seperti duit rasuah, curi, rompakan dan sebagainya.


Kesimpulannya, sekarang jual beli emas sangat mudah. 


Kalau Tuan Puan beli emas di Public Gold,Tuan Puan tak perlu lagi dapatkan emas dari tangan dealer sebab branch Public Gold dah banyak. 


Kaedah jual beli bukan lagi melalui dealer, tapi direct dengan Public Gold.


Itu cara paling selamat untuk semua pihak. InsyaAllah


Dan sekarang Public Gold memudahkan semua pihak samada pelanggan atau cawangan, emas yang bawah 21.25gram, Public Gold akan poskan siap dengan cover insuran 100%.


Jadi duduk rumah je, tak perlu habiskan minyak dan masa untuk ambil emas kita.



Ulasan

Popular