WhatsApp Ikuti Info Terkini

Emas : Aset Kekayaan Sejak Ribuan Tahun

 

𝐄𝐦𝐚𝐬 : 𝐀𝐬𝐞𝐭 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧


Kata guru saya, ''Emas telah digunakan sebagai produk 'pelaburan' sudah ribuan tahun!''


Kalau kita tanya datuk nenek dan moyang kita pun, mereka memang simpan kekayaan mereka dalam bentuk emas. 


Ibu saya pun pernah cerita tentang seorang mak cik yang terkenal orang kaya dekat kampung ketika ibu saya masih kecil. 


Mak cik tu terkenal dengan panggilan Mok Joh.


𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻? 


Dia ada perniagaan yang hebat dan besar ke?


Tak pun. 


Ibu saya kata, Mok Joh ni cuma berniaga ikan di pasar je. Pagi buta turun sungai tangkap ikan, kemudian jual dekat pasar pagi.


Hasil daripada keuntungan daripada jual ikan, dia simpan. Bila cukup bajet beli emas, dia beli emas pula.


Kalau ada peluang beli tanah, dia jual emas kemudian beli tanah pula.


Ni la cara orang kampung dulu bina kekayaan walaupun jual ikan di pasar. Beli dan simpan emas, kemudian beli tanah.


Bahkan kata guru saya, ''emas telahpun digunakan sejak zaman Rasulullah, zaman kerajaan Rom dan malah juga semasa pemerintahan Firaun di Mesir kuno!''


Maksudnya Tuan Puan, emas sudah terbukti sebagai produk 'pelaburan' sudah lebih 5,000 tahun! 


Bahkan Pakar Kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali sendiri percaya, ia akan terus relevan untuk lagi ribuan tahun.


Dapat sesuatu?


 Kongsi artikel ini :- 

Ulasan

Popular