WhatsApp Ikuti Info Terkini

Dari Hobi Modify Kereta Kepada Hobi Menabung Emas Sehingga Layak Tunaikan Zakat

 

Ini #KisahInspirasi yang dikongsikan rakan dealer iaitu salah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan beliau yang mempunyai kegigihan untuk membuat simpanan untuk keluarga. 


Kisah ini berlaku pada tahun 2020, dikongsikan untuk dijadikan inspirasi. 


Al-kisahnya ...


Sebelum jumpa saya, beliau peminat tegar modify kereta, sanggup beli spare part mahal-mahal untuk kereta. Habis beribu-ribu ringgit janji puas dapat spare part yang dia suka. 


Detik Kejadian Kereta Beliau Eksiden


Semasa tu saya cuma cakap, "Dari beli barang kereta mahal-mahal bila accident, insurans bayar cuma spare parts standard je, kan dah rugi duit ribu-ribu. Baik beli emas, nampak juga hasilnya".


Semasa tu kami bersembang topik tentang "𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻", saya nampak dia berminat untuk mendengar. Saya terus keluarkan sekeping 1 dinar untuk dia pegang dan dia kata nanti dia fikirkan untuk buat simpanan emas. 


Selang beberapa hari, dia contact bagitahu, 

"Nak buka akaun emas Public Gold tapi akak kena bantu saya buat semuanya saya tak tahu bab IT".


Saya maklum pada dia, inilah tugas dealer Public Gold : bimbing customer dari zero to hero. 


Sejak Mula Simpan Emas


Beliau seorang driver lori dalam masa yang sama ada menguruskan tanaman di tanah sendiri hasilnya di hantar ke pasar-pasar terdekat. 


Ada duit beliau terus call saya cakap nak beli emas, saya akan uruskan sehingga emas dapat ke tangan customer. 


Bila dia nampak sendiri manfaat simpanan emas, dia terus konsisten sehingga sekarang. 


Simpan Emas Sehingga Mampu Keluarkan Zakat


Dia pun tak sangka boleh menabung emas ratusan gram dan mampu bayar zakat emas. 


Kalau dulu dapat duit fikir nak modify kereta tanpa fikir simpanan. Sekarang minat dia dah berubah kepada simpanan emas yang lebih menguntungkan. 


Jika berlaku apa-apa, emas itu boleh bantu isteri dan anak-anak untuk teruskan kehidupan. 


Inilah salah seorang penyimpan emas yang saya bantu mengubah pengurusan kewangan menjadi lebih baik dari tiada simpanan sehingga layak bayar zakat. 


Kegembiraan Kami Sebagai Dealer Public Gold


Inilah kegembiraan kami sebagai dealer Public Gold, bila dapat bantu mengubah kehidupan orang lain melalui simpanan emas walaupun ianya nampak kecil pada pandangan orang lain tapi bagi kami ianya sangat besar. 


Sekarang customer saya dah upgrade sikit skill IT, saya guide untuk dia pandai buat tabungan GAP sendiri. 


Alhamdullilah doakan beliau nak beli tanah secara tunai dengan hasil simpanan emas untuk kembangkan lagi bisnesnya.


Betul kata mentor kami, "Bukan pendapatan besar yang menentukan simpanan seseorang, tetapi mindset".


Bagi yang kata tak mampu menabung, mulakan dari gram yang kecil walaupun serendah Rm100 dan konsisten sehingga menjadi tabiat.


 Kongsi Kisah Inspirasi Ini : 

Ulasan

Popular