WhatsApp Ikuti Info Terkini

Selesaikan Hutang Kereta Dalam Tempoh 2 Tahun


Kisah Penyimpan Emas Public Gold : Selesaikan Hutang Kereta Dalam Tempoh 2 Tahun


Apa yang Dilakukan Oleh Puan Nor Nadiah

1) Saya pergi ke CIMB Bank iaitu pemberi biaya kereta saya. Dapatkan dulu jumlah baki pinjaman kereta.


2) Saya ada saving akaun di CIMB, setelah tahu baki, saya ke kaunter perkhidmatan pelanggan, isi borang sepatutnya, dan ke kaunter bayaran untuk langsaikan hutang kereta. Lima minit settle bayar hutang. And of course, duit yang mencukupi dah ready dalam saving akaun supaya mudah mereka nak buat transaksi langsaikan hutang. 


3) Dalam tempoh 5 hari berkerja, CIMB bank akan buat e-batal nama bank atas geran. 


Ini antara azam tahun 2023 saya iaitu langsaikan hutang kereta.


Selepas ni, duit bayaran bulanan kereta, yang saya perlu keluarkan setiap bulan, saya boleh menabung semula duit tersebut dalam bentuk EMAS.


Apakah Tips Ajaib Dan Shortcut ?

Tiada tips shor-cut. Apa pun jenis hutang, cara nak langsaikan adalah dengan bayar hutang tersebut. Tiada cara lain. 


Sedikit perkongsian, ini antara perkara yang saya buat, sebelum decide nak beli/tukar kereta. Ilmu ni saya belajar dari pakar kewangan, Tn Zaidi Ismail dan orang yang proven seperti Tuan Azizul Azli.


Dalam hal melibatkan duit, saya TAK PAKAI EMOSI, tetapi saya pakai KALKULATOR, buat kira-kira. Untuk check sama ada layak atau tak untuk nak beli/tukar kereta. 


Apa yang saya buat, before beli kereta:


1. Harga kereta mesti kurang dari gaji tahunan. Itu sebagai indicator. Saya takkan beli kereta yang berharga lebih dari gaji saya setahun. 

2. 20% untuk down payment dah ready.

3. Pinjaman yang saya nak buat mesti 5 tahun sahaja.

4. Kira berapa bayaran bulanan (estimation) yang kita boleh bayar setiap bulan. Google je loan car calculator, buat kiraan di situ, kita akan dapat estimation bulanan kereta yang kita mampu bayar setiap bulan. 

5. Kira berapa simpanan yang kita perlu ada sekiranya nak langsaikan hutang kereta kurang dari 5 tahun. 


Kemudian, bila dah decide nak buat komitmen hutang, pasang azam yang kuat, belanja di bawah kemampuan dan tak terjebak dengan hutang jahat seperti Personal Loan etc. 


Jangan Terpedaya Dengan Produk Hutang Daripada Bank


Bank ni, dia boleh tahu profile kewangan kita macam mana. Kalau profile kewangan kita cantik, kita antara orang yang akan sentiasa dapat mesej atau call untuk diaorang share produk2 hutang yang mereka ada. 


Nasihat saya, kalau tak ada keperluan untuk buat hutang, IGNORE sahaja. Mudah. 


Walaupun tiada personal loan, saya masih menggunakan kad kredit. Tetapi untuk tujuan tertentu sahaja. Bukan untuk lifestyle. Hutang kad kredit tak pernah culas. 


Nasihat Puan Nor Nadiah


Jadi nasihat saya, nak celik ilmu kewangan, rendahkan diri dan follow rapat orang yang proven. Dan unfollow semua page yang tak bermanfaat.


Saya sangat syorkan kalian boleh follow FB Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Pakar Emas dan Mentor G100), Tuan Syukor Hashim (Pakar Emas Malaysia), Puan Marlia Ramli, Tuan Zaidi Ismail (Jurutera Forensik Kewangan), Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan) dan Tuan Azizul Azli. 


Boleh belajar secara percuma dari perkongsian mereka di sosial media dan blog. 


Nanti anda akan belajar dan mampu membina simpanan dan sedikit harta bekalan dunia akhirat.


InsyaAllah. Semoga bermanfaat.

___

Untuk dapatkan update Tips Kewangan & Emas setiap hari, MESTI join grup fb yang baru ditubuhkan ini atas saranan Leader Team G100 Network→ FB Grup Tips Kewangan dan Emas

Ulasan

Popular