Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

Menyimpan bukan untuk kaya


Cara fikir sesetengah orang terutama mereka yang peringkat pertengahan dan ke bawah.


Bila kita sebut tentang 'menyimpan untuk kaya', mereka tidak setuju bahkan menolak.


Kebiasaan ucapan balas mereka yang kita selalu dengar, ''nak buat apa kaya. Harta tak bawa mati''


Pesan guru kewangan saya, ''asas membina kekayaan adalah menyimpan''


Sebenarnya, menyimpan sahaja belum cukup untuk menjadi kaya. 


Ia cuma jalan asas, bukan jalan pintas.


Bila kita ajar menyimpan, sebenarnya bukan tentang 'membina kekayaan' lagi.


Tidak !


Tapi menyimpan untuk dijadikan dana kecemasan dulu.


Jika berlaku kecemasan kewangan, kalau kita ada simpanan, at least kita tidak perlu tebal muka untuk meminjam duit orang lain.


Golongan pertengahan terutama bawahan yang saya sendiri pernah jumpa, dapat gaji atau duit bantuan, terus habis dibelanjakan.


Terkadang duit tu habis bukan digunakan untuk keperluan pun.


Bila terdesak nak guna duit pula, tak tebal muka untuk meminjam. Tapi nak bayar hutang pula 'liat'.


Kalau luahan daripada ketua kampung yang saya pernah dengar, tak sampai masa tarikh untuk bagi bantuan, dah tanya ''bila nak hantar bantuan''.


Ahh, jemm...


Saya percaya, mereka yang ada pengalaman salurkan bantuan mesti pernah jumpa golongan seperti mereka.


Apa pendapat anda tentang golongan seperti mereka?


Dan apa pandangan anda tentang membuat tabungan?


Kongsikan pendapat dan pandangan anda.

Ulasan

Popular