Melabur atau Menabung Emas Bukan Teknik Cepat Kaya
'Melabur atau menabung emas' tidak menjadikan orang itu 'cepat kaya'.
Kalau nak 'cepat kaya' dengan emas, kena 'berniaga emas'.
'Melabur emas' tidak menyelesaikan masalah kewangan. Tapi kalau 'menabung emas' menjadi solusi menyesaikan masalah asas dalam kewangan.
Cuma, menabung emas dapat menjadikan orang itu 'bertambah dan pertahankan kekayaan dia' sebab menabung emas menyelesaikan masalah asas untuk membina kekayaan.
Contohnya,
1. Kalis Boros
Nak buat simpanan, tapi simpanan selalu bocor sebab boros berbelanja.
Dengan menabung emas menjadi solusi daripada simpanan bocor kerana emosi manusia terhadap emas adalah menyimpan sedangkan emosi manusia terhadap duit adalah berbelanja.
Jadi, simpanannya semakin bertambah dan tidak bocor lagi.
Asas membina kekayaan adalah membina tabungan yang kukuh. Dengan simpanan emas, tabungan menjadi lebih kukuh dan kontrit.
2. Kalis Inflasi
Kian tahun, semua nilai matawang di seluruh negara semakin merosot akibat INFLASI.
Jumlah duit yang sama, tapi nilainya sudah berbeza.
Sejarah 1997, Ringgit Malaysia sendiri pun pernah jatuh teruk dan menjadi krisis kewangan terburuk di Asia.
Pada zaman Jepun memerintah Tanah Melayu dulu. Duit dicetak sesuka hati oleh kerajaan Jepun di Tanah Melayu hingga berlaku hiperinflasi yang menyebabkan kuasa beli duit kertas jatuh mendadak.
Dek kerana itu perlu menyimpan emas kerana nilai emas bukan terletak pada kuasa manusia. Tiada sesiapa yang boleh memanipulasi emas.
Emas juga adalah aset yang paling kukuh kerana emas adalah ciptaan tuhan, sedangkan duit adalah ciptaan manusia.
Emas akan menjadi ciptaan manusia dan boleh dimanipulasi oleh tangan manusia jika emas itu bukan emas fizikal, seperti sijil emas, emas maya, saham emas, emas digital yang tidak bersandar pada emas fizikal.
Oleh itu, jika nilai matawang kita jatuh, bila-bila masa je kita boleh jatuh miskin. Siapa yang simpan emas, dia selamat daripada kejatuhan nilai matawang akibat bencana ekonomi dan politik negara.

Ulasan